Assalamualaikum W.B.T semua. Haiiiiii!!!
Semoga semua sihat sejahtera hendaknya. Aminnnnn...
Nampak ke tidak? Logo besar di atas sudah melambangkan apa tajuk entri Umi kali ini.
Rasanya semua sudah sedia maklum tentang suplemen dan produk-produk jenama Shaklee. Jadi, untuk entri kali ini Umi ingin berkongsi pengalaman dan serba sedikit ilmu sepanjang Umi bergelar Shaklee Independent Distributor (SID).
OK. Bagaimana Umi boleh terjebak dengan Shaklee? Semuanya bermula selepas Umi melahirkan anak pertama. Umi bekerja dan menyusu badan sepenuhnya. Masalah yang Umi hadapi ketika itu adalah kebimbangan tentang stok susu badan yang akan berkurangan atau tidak mencukupi. Maklumlah, bekerja sambil perlu mengepam mengikut waktu yang telah ditetapkan sangat memenatkan. Sewaktu itu, Umi cuba mencari makanan tambahan untuk mengatasi masalah tersebut menerusi Cik Google. Alhamdulillah, Umi bertemu dengan Shaklee. Selepas membaca pelbagai testimoni, akhirnya Umi putuskan untuk membeli Set Menyusu Shaklee. Syukur sebab Umi memang serasi dengan Shaklee. Umi sudah tidak risau tentang masalah kekurangan susu atau susu cair. Oleh sebab telah jatuh cinta dengan Shaklee, Umi pun terus berdaftar sebagai pengedar sah Shaklee.
Penglibatan Umi dalam Shaklee bukanlah untuk meraih keuntungan. Umi jadi ahli bagi mendapatkan pelbagai diskaun apabila membeli produk Shaklee. Pada mulanya, Umi 'order' bagi kegunaan sendiri. Lama-kelamaan tolong 'order' untuk kawan-kawan pula. Maka, bermulalah episod Umi menjual Shaklee secara kecil-kecilan.
Haaa...selepas ini kalau berminat hendak mendapatkan barangan Shaklee, bolehlah hubungi Umi!
Setakat ini dulu perkongsian Umi tentang Shaklee. In syaa Allah pada lain entri Umi akan perincikan setiap produk yang ada dalam Shaklee. Semoga bertemu kembali.
Jumpa lagi!

Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman
No comments:
Post a Comment