Wednesday, May 16, 2018

Jom Raikan Staf Bersara

Assalamualaikum W.B.T

Semua pembaca yang Umi kasihi, semoga kalian semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T. Hari ini Umi ingin kongsikan kisah semalam. Tengok tajuk sahaja sudah tahu kan!

Umi perkenalkan dahulu staf yang dimaksudkan. Beliau, Pn. Norliah yang bertugas sebagai Juruteknik bagi program Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk). Bertugas dengan MARA mencecah 33 tahun. Lama kan! Umi baharu 8 tahun tetapi rasanya seperti sudah berbelas tahun bekerja. Bakal bersara pada September 2018 yang akan datang. Namun, takdir Allah beliau akan mengambil cuti awal kerana cuti rehat beliau masih banyak tertunggak. Rugilah kalau tidak dihabiskan cuti tahun tersebut, betul tidak? Hari ini merupakan hari terakhir beliau bertugas. Justeru, rakan-rakan beliau telah mengaturkan suatu majlis untuk meraikan beliau. Semalam, adalah hari kejadian. Ajaibnya, beliau rasa terharu dan terkejut sebab tidak tahu pun tentang majlis tersebut! Bertuah punya kawan-kawan kan.

Jom layan foto yang sempat Umi rakamkan semalam. Ada juga video tetapi sebab terlalu besar maka tidak dapat Umi masukkan di sini. Nanti Umi cuba lagi ye!


 Sementara menunggu juadah, kita ber'wefie' dahulu. Agaknya mana satu Pn. Norliah?



Penyampain hadiah oleh En. Rafidin kepada Pn. Norliah. Comel kan Pn. Norliah



Aha! Umi ambil kesempatan yang ada. Kebetulan buku tulisan Umi dan rakan-rakan baharu sahaja dilancarkan. Maka, Umi berbesar hati menghadiahkan beliau sebuah buku istimewa ini sebagai tanda terima kasih dan kenangan sepanjang bertugas bersama beliau. Terkesima beliau sebab Umi hadiahkan buku tersebut. Sempat lagi Umi promosi kepada rakan-rakan yang lain. Bijak kan Umi ambil peluang? Natijahnya, dapat tempahan beberapa buah lagi buku daripada rakan-rakan. Terima kasih sebab sokong Umi!


Buku 50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah jadi hadiah istimewa Umi buat Pn. Norliah. Selamat bersara. Jasamu dikenang. 



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

No comments:

Post a Comment