Sunday, May 13, 2018

Selamat Hari Ibu vs Selamat Hari Lahir



Image result for foto selamat hari ibu

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Hai! Semoga semua sihat sahaja hendaknya.


Wahhhh! Hari ini tajuk Umi special sangat sebab ianya bersempena dengan Hari Ibu. Bulan Mei setiap tahun adalah sangat istimewa buat ibu-ibu diseluruh dunia. Tahniah semua wanita yang bergelar IBU! 

TAPI...

Apa pula kaitannya dengan Hari Lahir???

Sebenarnya, hari ini ada sambutan hari lahir dan sambutan hari ibu anjuran Tadika KEMAS anak-anak Umi. Majlis 2 in 1, jimat-padat-hebat!

Majlis ringkas ini diadakan di restoran DOMINO Pizza Tangkak pada jam 2.30 hingga 4.30 petang. Memandangkan semua keluarga membawa anak-anak kecil jadi aturcara perlu padat, ringkas dan dilaksanakan dengan cepat. Kebetulan anak Umi yang kedua, Safiya adalah antara yang diraikan. Sepatutnya Umi perlu bawa kek tetapi Umi tukar kek jadi sandwich! Umi kan penuh dengan keAJAIBan. Sekejap sahaja licin sandwich sahabat FB Umi, Sakila Yahya . Bolehlah jenguk-jenguk FB beliau jika berminat untuk mendapatkan perkhidmatan beliau. Oh, ya..Umi gelar sahabat Umi ini Tokey Kain. Kenapa? Silalah tekan link beliau OK.

Di bawah ini Umi kongsikan suasana sekitar majlis berlangsung petang tadi.

Majlis penyampaian hadiah kepada anak-anak yang diraikan


Upacara memotong kek 


Persiapan sebelum majlis bermula


 Tamat sesi pembahagian hadiah



Bergambar kenangan di penghujung majlis


OK! Semoga jumpa di lain entri. 

- SELAMAT HARI IBU -


Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

No comments:

Post a Comment