Assalamualaikum W.B.T
Ramadan Al-Mubarak bertemu lagi. Syukur alhamdulillah kerana kita semua dapat bersua kembali dengan bulan yang dinanti-nantikan ini. Tanpa sedar sudah setahun berlalu rupanya. Masih terasa bahang Ramadan yang lalu, kini ia muncul kembali. Cepatnya masa berlalu.
Tahun ini in syaa Allah Umi akan cuba berpuasa cukup sebulan Ramadan. Pada tahun lepas, Umi tidak berkesempatan kerana melahirkan si kecil Maryam. Rasa macam baru semalam sahaja Maryam hadir dalam hidup Umi, kini hampir genap setahun usianya pada 9 Jun 2018 yang akan datang. Allahuakbar!
Hari ini merupakan hari pertama seluruh umat Islam di Malaysia berpuasa. Malam kedua juga kita menunaikan solat tarawih. Umi doakan agar Ramadan kali ini menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya. Semoga kita semua dapat melaksanakan Rukun Islam ketiga ini tanpa sebarang masalah, in syaa Allah.
Selamat berpuasa dan menunaikan solat terawih daripada Umi dan keluarga.
Salam Ramadan Al-Kareem.
Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman
No comments:
Post a Comment