Wednesday, May 16, 2018

Buku 50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah Hadiah Untuk Bos

Assalamualaikum W.B.T

Semua pembaca yang saya hormati dan kasihi, semoga Allah mengurniakan nikmat, rahmat dan berkatnya buat kalian. Sesungguhnya kita hanyalah hamba yang sentiasa mengharap padaNya.

Alhamdulillah, jurnal buku #rezekiAjaib ini sentiasa indah dan meninggalkan memori buat Umi. Kali ini, Umi hadiahkan senaskah buku ini buat orang kuat IKM Jasin, Tuan Pengarah En. Md. Khalil bin Mohamad. Seram juga sebenarnya semasa hendak serahkan buku ini kepada beliau. Kenapa? Sebabnya beliau seorang yang sangat teliti. Bab ejaan, tatabahasa dan sebagainya perlu BETUL dan TEPAT tanpa salah! Kerap kali bertemu beliau, apabila diserah kertas kerja atau sebarang dokumen..mesti ada sahaja pembetulan yang perlu dibuat. Lazimnya Umi akan periksa dan belek dokumen beberapa kali sebelum dihantar kepada bos ini bagi meminimakan kesalahan yang tidak sepatutnya. Mujurlah Umi dahulu Bahasa Malaysia (Penulisan) dapat A+!


Bos menyelak buku mencari mana satu tulisan Umi



Nampak..jumpa sudah! Nasib bos sporting bila mahu ambil foto


Buku ini Umi hadiahkan kepada bos untuk orang rumah beliau sebenarnya. Kebetulan buku ini dilancarkan bertepatan dengan sambutan Hari Ibu, justeru sesuai sangat untuk isterinya. Namun, bos tiba-tiba hulurkan kembali buku Umi. Terkedu juga, kenapa? Rupanya bos minta Umi beri sendiri kepada isteri beliau. Katanya, 'Ada berani awak pergi bagi kepada dia?. Dia takde kawan di sini.' Umi pelik. Terus Umi angguk kepala tanda setuju.

Nantikan entri seterusnya. Umi akan kongsikan detik penyerahan buku ajaib ini kepada isteri beliau. Jumpa lagi!



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

No comments:

Post a Comment