Wednesday, May 23, 2018

Set Gentle Cosmoderm Rawat Kulit Kering

Assalamualaikum. Hai semua!!!

Istimewa kali ini sebab Umi ingin kongsi tentang masalah kulit Umi yang telah berjaya diatasi. Dipendekkan cerita, Umi mempunyai masalah kulit yang sangat kering dan sensitif. lagi-lagi bila selepas bersalin, makin teruk masalah kulit muka ini. 

Sudah pelbagai cara Umi cuba daripada menggunakan pencuci-pencuci yang gah di pasaran sehingga inisiatif secara alami. Tidak kurang juga mengambil suplemen tertentu bagi merawat kulit dari dalam. Malangnya, kesan semua produk ini hanya bersifat sementara dan masalah kulit kering ini meruncing jika Umi berhenti menggunakan sesuatu produk. Akhirnya, Umi berhenti daripada memakai apa-apa. Kesannya, kulit bertambah kusam dan jerawat tumbuh merata-rata. Parut jangan cakaplah, memang takut tengok dengan kulit yang mengelupas lagi.

Tidak putus asa, Umi mencari di Google kisah-kisah mereka yang senasib dengan Umi. Pada mulanya takut juga hendak mencuba produk-produk yang mereka sarankan. Namun, cuba sahajalah! Terpaut dengan Set Gentle keluaran Cosmoderm ini. Namun, produk ini tidak ada di pasaran, hanya boleh ditempah melalui laman web rasmi Cosmoderm sahaja.

Umi tawakal menggunakan Set Gentle ini selama sebulan. Ajaibnya! Kulit Umi yang kering mengelupas telah kembali lembab dan parut kian pudar. Malah, jerawat segan hendak tumbuh! Kini sudah hampir 4 bulan setia menggunakan set ini dan kulit Umi semakin sihat dan lembab tanpa cela. Memandangkan set ini semakin menyusut, Umi pun order yang baru kecuali toner sebab yang lama masih ada.

Tiub hijau dan botol pink dapat percuma!


Tengok! Dapat free gifts lagi dan pos pun percuma sahaja. Siapa yang ada masalah kulit kering Umi sarankan boleh cuba set ini. Ia lebih murah berbanding Cetaphil. Bukan Umi hendak kondem Cetaphil tetapi kalau bajet kurang bolehlah cuba set ini. Cetaphil memang bagus juga dan harganya pun boleh tahan.

OK. Jumpa lagi dalam entri seterusnya!



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

No comments:

Post a Comment