Assalamualaikum W.B.T. Apa kahabar semua? Semoga baik-baik sahaja hendaknya. In syaa Allah, esok kita umat islam seluruh Malaysia akan mula berpuasa di bulan Ramadan Al-Mubarak yang sangat ditungu-tunggu. Alhamdulillah kerana kita masih dpanjangkan usia untuk bertemu bulan yang mulia ini. Tidak sabar rasanya kan?!
Alkisahnya pagi ini Umi telah siapkan 'ester biskut raya untuk dipromosi di kalangan rakan-rakan sekerja. Sejujurnya, Umi memang belum pernah lagi jual biskut raya di tempat kerja. Dua tahun lepas Umi jualkan kuih denderam. Tahun lepas pula Umi tidak berniaga pun sebab sedang sarat dan menunggu hari hendak bersalin sahaja pada masa itu. Syukur tahun ini dapat dipanjangkan rezeki ini kepada rakan-rakan.
Umi perkenalkan dua jenis biskut raya yang Umi hendak jual tahun ini. Satu diberi nama ' Semperit Cheese' dan satu lagi 'Double Chip Choc'. Biskut-biskut ini Umi ambil daripada sepupu Umi di bawah jenama Ukhwah Goodies . In syaa Allah, biskut raya ini bakal memenuhi citarasa semua. Ianya dibuat istimewa menggunakan bahan-bahan segar dan terpilih sahaja bagi mengekalkan mutu produk. Harga juga agak berpatutan. Berikut adalah harga biskut raya kali ini:
Pakej Emas*
Semperit Cheese - RM18.00/30 keping
Double Chip Choc - RM18.00/35 keping
Pakej Platinum*
Semperit Cheese - RM25.00/45 keping
Double Chip Choc - RM25.00/50 keping
Pakej Berlian*
Semperit Cheese - RM58.00/125 keping
Double Chip Choc - RM58.00/160 keping
* Tidak termasuk kos penghantaran
😍Tarikh terakhir tempahan : 31 Mei 2018
😍Tiada minimum tempahan
😍Penghantaran seluruh Malaysia
Boleh hubungi Umi melalui WA/PM ke 0197493880 bagi tempahan.
Nampak sedap kan?
No comments:
Post a Comment