Hai semua! Hari ini Umi ingin berceloteh tentang balm ajaib keluaran Tasneem Natural. Umi rasa semua sudah tentu sedia maklum tentang mujarabnya balm ini dalam membantu masalah ibu-ibu yang memiliki bayi dan anak-anak yang masih kecil.
Suatu masa dahulu, Umi sendiri pun kurang yakin dengan keajaiban balm ini. Semenjak menggunakannya sendiri selepas mendapat anak yang keempat tahun lalu, baharulah Umi percaya betapa balm ini dapat meringankan masalah yang sering dihadapi oleh anak-anak kecil terutamanya selsema dan batuk yang berpanjangan, sembelit atau kurang lawas dalam membuang air besar, tantrum, mudah terjaga daripada tidur dan sebagainya.
Alkisahnya, biras Umi yang merupakan agen balm ini telah menghadiahkan Umi balm pink sebagai hadiah kepada si kecil Maryam yang baru lahir. Sewaktu itu, Umi memang belum berkesempatan lagi untuk menggunakan balm ini sebab Maryam sihat sahaja. Selepas beberapa bulan, Maryam berjangkit selsema dan batuk dengan kakak-kakaknya. Pada masa itu memang tidak teringat langsung tentang balm ini. Puaslah bersengkang mata melayan kerenah si kecil yang sukar tidur malam kerana hidungnya yang tersumbat dan tekak yang kurang selesa. Entah bagaimana, Umi diilhamkan Allah tentang balm ini. Terus selongkar satu bilik mencari balm pink tersebut. Mujur jumpa! Semangat sapu-sapu pada Maryam sebab ingin lihat dia lega segera. Ajaibnya, balm pink serasi dengan Maryam! Apa yang Umi perasan selepas Maryam disapu balm tersebut adalah dia kurang meragam, mudah tidur pada waktu malam dan hidungnya kurang meleleh. Rupanya lendir atau kahak keluar melalui najisnya. Syukur sangat! Sejak itu Umi terus setia dengan si pink ini. Siapa si pink sebenarnya?
Ramuan utama balm ajaib
Umi baharu sahaja mendaftar sebagai agen balm ini sekitar dua bulan yang lalu. Pada waktu itu yuran keahlian masih murah, RM20.00 sahaja. Sekarang sudah naik RM50.00 ye! Kalau ada promosi keahlian, boleh daftar sebagai ahli dengan yuran lebih rendah. Berminat untuk menjadi agen? Boleh hubungi WA Umi 0197493880.
OK, bercerita tentang keunikan balm ini. Ia dibuat sepenuhnya daripada bahan-bahan alami jadi ibu-ibu tidak perlu risau dengan kandungannya yang dijamin selamat digunakan untu bayi dan halal bagi kita orang Islam. Asas ramuan balm ini adalah essential oil (EO). Apa sebenarnya EO? Di atas ada Umi kongsikan serba sedikit tentang EO ini. Sekarang ini EO sudah menjadi trend dan pilihan masyarakat ke arah kehidupan lebih sihat. Namun, harga produk yang dibuat daripada EO agak mahal. Kalau balm ini sahaja satu botol mencecah RM49.00. Memang agak tinggi harganya. Kalau hendak jimat, Umi nasihatkan beli dalam bentuk kombo, dua atau empat balm sekaligus. Lazimnya memang ada diskaun bagi pembelian kombo ini. Sebagai pengguna kita haruslah bijak!
Koleksi balm ajaib. Nampak si pink?!
Memandangkan Umi baharu hendak berjinak-jinak dalam menjadi agen balm ajaib ini, masih banyak yang perlu Umi belajar. Setakat ini, Umi hanya menjual balm ini kepada rakan-rakan di tempat kerja sahaja. Sekiranya ada yang berminat untuk membeli balm ini daripada Umi, bolehlah hubungi Umi. Umi juga ada menyediakan perkhidmatan COD balm ini di sekitar Jasin, Bemban, Tangkak, Serom, Bukit Gambir dan Muar.
In syaa Allah Umi akan kongsikan lebih lagi mengenai balm ini kemudian. Semoga bertemu lagi.
Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman
No comments:
Post a Comment