Tuesday, May 22, 2018

Koleksi Sampul Duit Raya

Assalamualaikum. Hai!

Boleh Umi tahu apa hobi para pembaca blog pada masa lapang?

Macam-macam kan? Ada orang hobinya suka membaca. Habis segala jenis genre atau pelbagai bentuk naskah yang dibacanya. Segelintir pula suka menulis, melancong, bersukan atau melakukan aktiviti extrem. Tidak kurang juga hobi memancing dan mengumpul sesuatu.

Dahulu, semasa kecil Umi suka mengumpul setem. Kebetulan Umi ada beberapa orang rakan pena dari dalam dan luar negara. Jadi, dapatlah Umi bertukar-tukar setem dengan mereka.

Ada yang suka kumpul sampul duit raya??

Jarang dengar kan. Entah sejak bila Umi pun tidak pasti. Sudah jadi 'Mak' orang baharu wujud minat ini rasanya. Apabila tiba Hari Raya Aidil Fitri, anak-anak kecil Umi memang akan dapat duit raya. Jadi, bila Umi keluarkan duit daripada sampulnya secara tidak sengaja hati terpaut pada sampul duit raya tersebut. Macam cantik pula. Niat mulanya hendak simpan supaya mudah untuk diguna semula apabila hendak beri duit raya kepada anak-anak tetamu yang berkunjung ke rumah. Tidak pun boleh guna untuk bagi duit salam 'cekok'. Simpan punya simpan, sudah banyak rupanya dan cantik-cantik pula.

Paling Umi sayang dan gemari adalah sampul duit raya keluaran Habib Jewel. Setiap tahun memang Umi akan dapat satu set koleksi sampul duit raya daripada Habib Jewel dan ini memang koleksi teristimewa.



Antara koleksi peribadi Umi



Bagi projek buku #rezekiAjaib, Umi gunakan semula sebahagian koleksi Umi untuk dimasukkan 'hadiah misteri' dan akan diberikan kepada para pembeli buku tersebut. Umi harap para pelanggan Umi akan menyukai hadiah tersebut.

Semoga bertemu lagi!


Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

No comments:

Post a Comment