Friday, May 18, 2018

Selamatkah Sistem Dropship?

Assalamualaikum W.B.T

Para pembaca yang dimuliakan Allah hendaknya. Entri hari ini Umi ingin menyentuh kisah berkaitan salah satu sistem perniagaan yang ada sekarang iaitu  dropship. Mengapa tiba-tiba pula Umi hendak kupas isu ini? Sebenarnya, Umi dahulu pernah terjebak dengan sistem dropship ini. Justeru, Umi ingin kongsikan pengalaman Umi sendiri serta ilmu lain berkaitan sistem ini. Mungkin ada yang sudah tahu tetapi ramai juga yang belum maklum.

Apakah sebenarnya sistem dropship ini? Dan bagaimana ia berfungsi?

Sistem dropship ini secara ringkasnya adalah suatu bentuk perniagaan yang mana pembekal atau pemborong menjual serta memasarkan produk mereka melalui orang tengah (agen). Anda boleh menjadi agen TANPA MODAL! Menarik kan? Pembekal dan pemborong ini akan membekalkan segala sumber promosi seperti katalog, gambar produk dan sebagainya untuk digunakan oleh agen bagi mempromosi barang jualan tersebut. Agen tidak menyimpan produk. Apabila agen mendapat tempahan, ia akan dimaklumkan kepada pembekal. Kemudian pihak pembekal akan menghantar barang yang ditempah kepada pembeli. Agen seterusnya akan mendapat sebahagian komisen atas urusan jual beli tersebut. 

Image result for sistem dropship dalam islam



Apakah hukum sistem dropship dalam Islam?

Bahagian ini ramai yang terlepas pandang. Umi pun sama, main hentam sahaja sebelum ini. Cuba hadam perkongsian jawapan oleh Mufti Wilayah Persekutuan di sini. In syaa Allah sistem ini dibenarkan dalam syarak kerana ia memudahkan urusan jual beli.


Image result for sistem dropship dalam islam


Selamatkan sistem dropship?

Tahukah anda bahawa hampir 70% agen dropship GAGAL dalam sistem ini. Umi antara salah seorang. Rupa-rupanya untuk menjadi agen dropship yang berjaya, kita perlu ada ilmu. Bukan main redah melulu sahaja. Antara faktor yang menentukan kejayaan anda dalam sistem ini adalah:

1) Cara anda menjual atau mempromosi barang/produk tersebut
2) Tidak mengetahui barang/produk secara terperinci
3) Pemilihan sasaran pasaran yang kurang tepat
4) Tiada perbezaan atau keistimewaan daripada agen lain
5) Kurang pengalaman dalam urusan jual beli dengan pelanggan
6) Terlalu yakin dan menganggap bisnes ini MUDAH

Sekarang sudah tahu kan. Jadi, perlulah upgrade diri pada mana-mana ciri yang masih belum mahir. Rajinkan bertanya kepada orang lain, cari 'guru' yang boleh membimbing anda, labur sedikit untuk menyertai kelas atau bengkel bisnes dan jangan mudah mengalah.

Jika diingat semula apa yang pernah Umi lalui dahulu, ia memanglah perit. Peristiwa itu berlaku pada tahun 2015. Umi ketika itu berehat seketika daripada kerjaya. Niat untuk mengisi masa senggang, lalu Umi menjadi agen dropship menjual tudung dan shawl. Dipendekkan cerita, banyak juga tempahan yang Umi dapat pada masa itu. Pada awalnya, semua berjalan lancar. Namun, ada suatu hari seorang pelanggan hubungi Umi menyatakan barangnya belum sampai sedangkan ia telah dihantar seminggu yang lepas. Umi hanya bersangka baik sahaja pada masa itu. Puas dipujuk dan minta diterangkan apa yang terjadi sebenarnya daripada pembekal namun berdolak-dalih pula. Mujur barang tersebut sampai juga ke tangan pelanggan tetapi agak lewat. Tidak lama kemudian, rakan-rakan drophip yang lain mula menerangkan masalah mereka di dalam grup memandangkan pihak pembekal tidak mahu bertanggungjawab atas tempahan yang tidak diterima oleh pelanggan. Sejak itu, rupa-upanya pelbagai lagi masalah telah timbul di kalangan dropshipper dengan pembekal. Pelanggan Umi sahaja yang bernasib baik. Syukur sangat pada masa itu, kalau tidak mana Umi mahu dapat duit untuk kembalikan duit pelanggan. Selama ini, pembekal memberi macam-macam alasan kepada dropshipper yang lain rupanya. 

Selain menjadi dropshipper kepada pembekal tersebut, Umi dan rakan-rakan dropshipper yang lain turut bermain kutu barang dan duit. Di sinilah bermula segala tragedi! Umi dan rakan-rakan telah ditipu. Duit yang kami serahkan untuk tujuan main 'kutu' tidak diserahkan pada masa seperti yang dijanjikan. Manakala rakan-rakan yang terlibat dengan kutu 'barang' pula tidak mendapat barang yang dijanjikan. 

Sungguh peristiwa ini mengajar sesuatu kepada Umi. Walaupun Umi kerugian sejumlah wang, masih tetap bersyukur kerana ia tidaklah seteruk rakan-rakan yang lain. Semenjak kejadian itu, Umi terus tidak menjadi mana-mana agen dropship kerana tiada jaminan bahawa hak sebagai agen akan terpelihara. 

Sistem ini tidak salah tetapi pengamalan setiap pihak yang terlibat di dalam sistem mungkin akan menjejaskan sistem ini. Apa yang boleh Umi nasihatkan, berhati-hatilah dalam mencari pembekal yang boleh dipercayai dan jujur dalam perniagaan. Zaman ini, penipuan di dalam bisnes sudah menjadi mainan demi mengaut keuntungan. Semoga apa yang Umi kongsikan dapat menjadi iktibar.

Berminat untuk menjadi agen bagi buku #rezekiAjaib? Boleh tinggalkan komen, nanti Umi hubungi semula in syaa Allah.



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman



No comments:

Post a Comment