Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entri kali ini Umi ingin berkongsi kisah kedua rezeki ajaib yang Umi alami sendiri selepas penerbitan buku ini.
Salah seorang rakan universiti Umi yang menetap di Pahang telah mendapatkan buku ini daripada Umi. Sehari selepas Umi pos buku beliau, Umi pun cuba untuk mendapatkan khabar tentang buku tersebut. Risaunya kalau buku itu belum sampai kepada beliau.
Namun, WA daripada beliau memang memeranjatkan Umi!!! Baca di bawah ini.
Alkisahnya, semasa menyelak helai demi helai buku rezeki ajaib beliau telah terperasan wajah salah seorang penulis lain yang merupakan rakan sekerjanya!!! Alahai, kecilnya dunia, rakan penulis bersama Umi rupanya rakan sejabatan beliau. Cumanya rezeki beliau mendapatkan buku ini daripada Umi. Ajaibkan?!
Ingin baca kisah-kisah penuh keajaiban lagi? Nantikan entri Umi yang akan datang. In syaa Allah.
Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman
assalamualaikum sahabat
ReplyDelete