Assalamualaikum W.B.T
Terlalu sibuk dengan tugasan di pejabat sehingga alpa mengemaskini blog. Umi curi waktu untuk kongsikan kisah ini. Apa yang menariknya kali ini?
Masih berkisar buku #rezekiAjaib tulisan Umi dan rakan-rakan. Sebenarnya terlalu banyak kejadian yang berlaku kepada Umi dan rakan-rakan lain sebaik terlibat dengan projek penulisan buku ini. Bagi Umi ia bukan kebetulan tetapi memang telah ditakdirkan buku ini membuka banyak pintu keajaiban seterusnya.
Jumaat yang lepas, Umi telah berjanji dengan seorang rakan sekolah lama. Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA) merupakan sekolah menengah di mana Umi menduduki peperiksaan SPM. Memandangkan batch-18 merupakan ambilan paling ramai pelajar dalam sejarah sekolah tersebut menyebabkan Umi tidak mengenali sebahagian rakan-rakan walaupun sama sekolah. Namun, asbab penglibatan dalam penghasilan buku ini telah menyebabkan Umi dapat berhubung kembali dengan rakan-rakan lama. Doktor Hidayah Tan (Ano) yang kini bertugas di Hospital Jasin telah menghubungi Umi untuk mendapatkan buku ini. Apabila diselidik, rupanya beliau telah setahun bertugas di hospital tersebut. Alhamdulillah, buku #rezekiAjaib telah mempertemukan kami. Apa yang lebih menariknya, seorang lagi penulis iaitu Idzmazureena a.k.a Kak Jemah juga rupanya telah bermastautin di Jasin hampir 8 tahun, sama dengan Umi. Malangnya kami tidak pernah bersua!!! Dan rezeki kami semua dapat berkumpul selepas terpisah 17 tahun lalu menerusi buku istimewa ini. Ajaib sungguh!
Umi-Ano-Kak Jemah
Mini reunion ini in syaa Allah akan memperkukuhkan lagi silaturrahim yang telah lama terbina. Umi akak kongsikan lagi kisah-kisah ajaib yang Umi alami sendiri asbab kelahiran buku ini di lain waktu.
Semoga bertemu lagi!
Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman
No comments:
Post a Comment