Monday, May 14, 2018

Anak Umi Menang!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Umi ucapkan kepada semua pembaca. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Umi masih diberi kesempatan untuk menulis di blog ini lagi. Alhamdulillah, rasanya terlalu banyak #rezekiAjaib yang Allah berikan kepada Umi dan keluarga akhir-akhir ini. Hari ini Umi hendak berkongsi kegembiraan anak Umi yang kedua. Apa agaknya ye?

Orang kata anak kedua ini 'pelik' sedikit daripada adik-beradik yang lain. Betul ke? Atau ia hanya mitos yang dimomokkan dalam masyarakat kita sahaja. Umi sendiri kurang pasti tentang itu. Bagi Umi, setiap anak ada karakter yang berbeza dan rezeki yang telah Allah tentukan juga tidak sama. Puteri kedua Umi bernama Nuramni Safiya dan selesa disapa Piya. Orangnya sederhana pada mata kasar. Agak agresif dalam setiap tindakan namun dia masih seorang yang manja dan penyayang sebenarnya. Oh, ya! Umi rasa kalau Piya tiada, mungkin rumah sunyi dari hilai tawa. Seorang yang kelakar juga! Ada kalanya tindakan anak ini mencabar rasa sabar Umi. Anak yang kedua memang pandai berdikari dan sangat memahami pada pandangan Umi. Semua sifat ini ada pada Safiya (^__^).

Sebelum cuti sekolah beberapa hari kerana PRU14 yang lalu, cikgu memaklumkan bahawa Safiya bersama rakan-rakannya terpilih untuk mewakili tadikanya dalam Pertandingan Mewarna. Umi ingat hendak melatih dia mewarna dengan betul. Maklumlah, Safiya belum mahir lagi bermain dengan warna pada pendapat Umi. Namun semasa pulang ke kampung tempoh hari, Safiya hendak tinggal di rumah neneknya beberapa hari. Maka, sempatlah Umi berpesan kepada neneknya tentang pertandingan itu. Rupanya, gigih juga nenek dan Pak Ngah mengajar Piya teknik mewarna yang betul. Tapi dengan penuh yakin katanya, "Piya tau!". Akhirnya semua mengalah dari tunjuk ajar Piya, kakak yang sulung pula tekun belajar mewarna.

Hari ini, awal pagi nenek sudah telefon mahu bertanya menang ke tidak cucunya dalam pertandingan tersebut. Nenek telefon Umi awal sangat, fikirnya semalam pertandingan berlangsung. Umi pun debar juga rasa apa agaknya yang anak Umi warna. Maklumlah, daripada foto-foto yang dikongsi cikgu dalam grup Whatsup menunjukkan anak-anak tadika mewarna sendirian tanpa bimbingan ibu bapa mahu pun cikgu. Di bawah Umi kongsikan beberapa momen ketika pertandingan berlangsung.


Safiya gigih mendengar taklimat pertandingan


Safiya dan rakan-rakan berfoto kenangan


Tengok! Setiap pemenang cikgu janji akan ambil foto dengan gambar yang telah diwarnakan. Keputtusannya, Safiya dapat top three dalam pertandingan tersebut. Syukur alhamdulillah. Tergelak terkekek-kekek Umi bila cikgu maklum Piya menang. Nenek di kampung pun baru sahaja Umi maklumkan. Suka dengar bila cucu kesayangan menang. Geli hati Umi dengan Safiya ini. Setiap kali masuk pertandingan memang tidak pernah berlatih dan memang Umi pun terkadang terlepas pandang akan dia tetapi rezeki anak ini tetap ada. Terima kasih Ya Allah!



Yeay! Safiya menang


Dapat naik pentas ambil hadiah


Memori indah hari ini buat Safiya yang sentiasa membuat Umi tersenyum bila teringat dia. Semoga anak Umi terus diberkati olehNya dalam apa jua yang dilakukan. Tahniah!


Salam sayang semua. In syaa Allah bertemu lagi nanti.



Jurutera Penulisan

Shuhadah Sulaiman

No comments:

Post a Comment