Assalamualaikum.
Alhamdulillah, buku-buku #rezekiAjaib yang telah siap dibungkus perlu melalui proses terakhir iaitu pengeposan. Sejumlah 12 bungkus semuanya bagi batch-1.
Di pejabat pos.
'Banyak kak nak pos, buku ke?' tanya encik posmen tatkala Umi menghulurkan satu demi satu bungkusan kepadanya.
'Aah, orang order. Buku tulisan saya dengan kawan-kawan,' balas Umi ringkas. 'Nak tengok?' pelawa Umi lagi.
'Boleh juga.' Lalu sebuah buku bertukar tangan. Encik posmen membelek-belek buku #rezekiAjaib.
'Buku motivasi untuk suri rumah..yang sepenuh masa dan yang kerja pun boleh!' Umi maklumkan lagi.
'Bolehlah hadiahkan kepada suri hati,' sambung Umi.
'Tinggalkan nombor kak..mana tau nak beli nanti..' pinta encik posmen.
Pantas Umi tuliskan butiran lalu dihulur kepada encik posmen. 'Kalau pejabat pos ni nak suruh letak buku pun boleh,' sempat Umi tawarkan idea sambil tersengih.
Urusan di pejabat pos selesai. Lega rasa hati apabila semua bungkusan telah diserahkan. Tunggu ia sampai kepada tuan punyanya sahaja.
Sekali pandang pun encik posmen sudah jatuh hati. Anda di luar sana bila lagi?
Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman
No comments:
Post a Comment