Wednesday, May 23, 2018

Projek Amal Buku 50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah

Assalamualaikum.

Pernah dengar tentang projek amal? Mesti selalu sangat kan. Idea ini tercetus secara tiba-tiba. Sebelum ini Umi memang telah berjanji dengan cikgu di tadika anak-anak untuk menyerahkan beberapa buah buku 50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah kepada beliau. Namun dek kerana kesibukan, pagi tadi baharu Umi berkesempatan singgah di tadika sebelum pergi kerja.

Umi serahkan 6 buah buku  dan sebuah buku sampel kepada pembantu tadika, Kak Ana. Sewaktu serahkan buku, lancar sahaja Umi menawarkan projek amal ini. Umi hantar pesanan Whatsapp kepada Cikgu Yana pula, minta persetujuan beliau. Alhamdulillah, cikgu setuju!

Kak Ana malu-malu hendak ambil gambir sebenarnya

Bagi projek amal ini, setiap buku yang terjual sejumlah RM5.00/buku akan dimasukkan ke dalam tabung tadika. tabung itu nanti bolehlah digunakan bagi menampung kos aktiviti dan kebajikan anak-anak. In syaa Allah.

Jom sama-sama doa semoga projek ini berjaya. Lagi banyak buku terjual di tadika, lagi gemuk tabung anak-anak!


#projekRamadanrezekiAjaib



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

No comments:

Post a Comment