Sunday, May 20, 2018

Allahyarham Roslee Bin Khamis



Assalamualaikum W.B.T

Malam tadi Umi dan keluarga dalam perjalan pulang dari kampung. Umi baru dapat ON telefon selepas dicaj beberapa jam. Wah! Banyaknya komen di Whatsup dalam salah sebuah grup. Segera dibuka, berdebar hati kerana mesej-mesej takziah dan ucapan Innalillah sahaja berturutan. Umi scroll lagi, mencari gerangan siapa pula kali ini. Sepertinya seseorang yang Umi kenal.

Allahuakbar! Seorang rakan sekerja yang pernah bertugas di bawah satu jabatan. Umi masih mencari kepastian, betul ke? Sepertinya tidak boleh menerima berita tersebut. Setelah meneliti setiap cerita dalam Whatsup tersebut, memang sahlah beliau yang mereka maksudkan.

Allahyarham Rosslee b Khamis, dijemput Ilahi dalam bulan yang mulia ini. Beliau menghembuskan nafas terakhir selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang daripada menghadiri kelas degree di Universiti Malaysia Pahang. Ya Allah, bertuahnya Allahyarham kerana menghadap Ilahi dalam bulan Ramadan dan ketika dalam keadaan menuntut ilmu. 

Umi kongsikan sedikit perihal peribadi Allahyarham. Semasa hayatnya, beliau memang terkenal dengan sifat mesra dan humor. Seorang yang aktif dalam bidang sukan juga. Sepanjang bertugas bersama, Umi dapati beliau seorang yang senang untuk bekerjasama serta mempunyai cita-cita meningkatkan diri dalam kerjaya. Merupakan satu kehilangan besar bagi pihak majikan kerana kehilangan seorang staf yang berpotensi untuk pergi lebih jauh. Namun, siapalah kita yang hendak menafikan ketentuanNya yang telah diatur cantik? Mari doakan agar keluarga beliau tabah dengan ujian ini. Semoga roh beliau ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. In syaa Allah.

Sesungguhnya kematian tidak pernah terlewat walau sesaat. Bila tiba masanya, adakah kita telah bersedia? Di bulan barakah ini, marilah sama-sama kita bermuhasabah. Tingkatkan dan lipatgandakan usaha dalam beramal jariah. Semoga Allah mengampuni dan memberkati kita semua. Amin.



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman


No comments:

Post a Comment