Assalamualaikum W.B.T
Syukur ke hadrat Ilahi Yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi. Alhamdulillah, hari ini Umi ingin berkongsi kegembiraan dengan semua sempena majlis pelancaran buku tulisan Umi dan rakan-rakan iaitu buku '50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah' yang pernah Umi sebut dalam entri sebelum ini.
Jom layan beberapa foto kenangan yang sempat dirakam.
Bersama editor dan penyelaras buku
Para penulis bergambar kenangan beramai-ramai
Kek pelancaran
Majlis serba ringkas telah diadakan di rumah mini style editor, Pn. Khairunnisa bt Hamzah di Evo Residence, Bandar Baru Bangi pada 12 Mei 2018 (Sabtu). Perancangan awal hendak dilakukan di Taman Evo. Namun, ketentuan Allah adalah percaturan terbaik. Cuaca yang hujan lebat selepas Zohor memaksa kami bertukar lokasi. Rumah mini editor adalah Plan B kami, maka berhimpitlah kami di dalam ruang 20 x 20 kaki untuk merealisasikan majlis tersebut.
Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh ayah Pn. Khairunnisa. Seterusnya dirasmikan dengan upacara memotong kek oleh ibu beliau pula. Saat yang dinantikan adalah penyerahan buku-buku kepada para penulis. Alhamdulillah, majlis serba ringkas dan padat namun kami semua berpuas hati serta gembira menikmati setiap saat.
Bagi Umi sendiri, ini adalah pengalaman cukup manis dalam lipatan kenangan Umi. Pernah mempunyai impian untuk menulis dan menerbitkan buku dengan nama sendiri terpapar di helaian buku. Tidak Umi duga, rezeki tanpa diundang ini sampai jua akhirnya dan sungguh ajaib buku ini berjaya dihasilkan dalm tempoh kurang sebulan! Betul-betul rezeki ajaib.
Apakah sebenarnya genre buku yang Umi gembar-gemburkan ini? In syaa Allah akan Umi kongsikan lebih terperinci mengenai buku ini kelak. Semoga bertemu lagi, salam sayang daripada Umi.
Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman
No comments:
Post a Comment