Assalamualaikum. Jom baca testimoni best ini.
Allah ,macam mana boleh terbeli buku ini? Padahal hendak cari-cari rumah, terbeli pula buku dari tukang buat rumah kabin. Alhamdulillah, menarik bukunya. Macam-macam gaya ada sebab penulisnya ramai. Inilah buku yang saya rasa penulisnya paling ramai pernah saya baca. Buku ini tiada kaitan dengan trending isu suri rumah 2% itu, janganlah kita cemburu dengan rezeki orang. Kalau cemburu juga, apa kata dapatkan buku ini, mana tahu dapat sembuhkan perasaan hasad dengki yang bermaharajalela di bulan Ramadhan ini. Baik, saya ingin kongsikan 4 hasil dapatan bacaan buku ni (sebenarnya banyak lagi, tetapi bimbang tuan hamba pengsan, batal puasa jadi akak belanja 4 sahaja) :
===================================================
#1. In syaa Allah perkongsian ibu-ibu hebat dalam ini membantu kita UBAH PARADIGMA kita bahawasanya "permaisuri rumah tangga" pun ada peluang untuk mendapat rezeki yang tidak terjangkau dek logik akal. Eh, penting ke ubah paradigma? Ye penting, Dr Fadhilah Kamsah ada menyebut untuk selesaikan masalah semasa, kita kena tukar paradigma semasa. Sebabnya, kebanyakan ibu rasa insecure untuk jadi suri rumah sebab waswas boleh ke survive dari segi kewangan. Boleh ke survive dari segi emosi untuk hadap anak 24/7. Haa, ye sebab itu kena dapatkan buku ini, sebab ibu-ibu ini menulis cerita berdasarkan pengalaman sebenar, bukan karang cerita untuk skrip drama petang-petang itu. Siap ada perkongsian beberapa amalan ajaib yang mengundang rezeki diluar jangkauan kita! Paling penting kena rajin cari ILMU
#2 .Bila baca- baca. Baru macam sedar. Hmm..sebenarnya selama ini bukan Allah tidak beri, tetapi sebenarnya kita yang tidak minta sungguh-sungguh dan belum usaha sehabis baik lagi!
#3. Ia bantu kita lihat rezeki dari sudut pandangan yang lebih luas. Bukan setakat duit sahaja. Rezeki itu luas. Selesa itu rezeki, mudah urusan itu rezeki, keluarga harmoni itu rezeki. Jiran yang baik itu rezeki. Jiwa tenang dapat bersama anak 24/7 pun rezeki juga! Hee, bagus juga buku ini ada ruang untuk kita refleksi dan ingat-ingat balik nikmat rezeki yang Dia sudah beri pada kita.
#4. Kembali kepada pencipta asal. Banyak cerita dalam ini andai kata ibu itu ada masalah buntu, solusinya minta Allah bantu dan baiki hubungan dengan Allah. Betullah kata Ulama' , bila kita baiki hubungan kita dengan Allah, Allah akan baiki hubungan kita dengan manusia. Haaa..jadi dalam buku ini banyak tips hebat yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Akhir kalam,
Let's be a better mom for a better future!
Menarikkan? Ini adalah pandangan ikhlas seorang pembeli yang telah habis membaca buku #rezekiAjaib. Kenali beliau lebih lagi di sini.
Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman