Friday, November 23, 2018

Merawat Chicken Pox Secara Alami

Assalamualaikum W.B.T

Dua minggu yang lalu Kak Ha telah dijangkiti penyakit ini. Entah dari mana dia berjangkit agaknya. Pertama kali berhadapan situasi ini, Umi buntu. Namun, memandangkan Kak Ha tidak renyah untuk dijaga, maka rawatan chicken pox dia hanya yang asas sahaja. Cukup sekadar mengambil ubat antiviral, ubat sapu dan pantang makan sahaja. Lebih kurang 10 hari, penyakit ini mula reda dan kering. Lega Umi sebentar.

Namun, panas yang disangka tidak berpanjangan. Seminggu selepas Kak Ha sembuh Maryam mula ditumbuhi bintik-bintik merah. Manakala Safiya pula sudah mula demam. Selang dua hari Raudhah pula mula menunjukkan ciri-ciri yang sama. Melihatkan simptom yang sama, sah mereka dijangkiti juga! Buat sementara waktu, Umi sapu dahulu ubat Kak Ha yang masih berbaki.

Selepas bertemu doktor, hanya Safiya dan Raudhah sahaja yang diberi ubat antiviral bagi mengawal penyakit ini. Manakala Maryam terpaksa berhadapan dengan penyakit ini hingga ke akhirnya kerana usianya yang belum sesuai untuk mengambil ubat tersebut. Allahuakbar! Kasihan Maryam.

Penjagaan buat Safiya dan Raudhah tidak begitu rumit, sama seperti Kak Ha. Kurang perhatian yang perlu diberikan. Namun, penjagaan rapi perlu diberikan kepada Maryam. Dalam tempoh 4 hari, seluruh tubuh mungil Maryam dipenuhi bintik-bintik merah yang jahat itu. Sakit benar mata Umi melihatnya. Maryam menjadi semakin sensitif dan hendak berkepit sahaja. Bagi membantu mengurangkan ketidakselasaan anak kecil ini, Umi google dan cari pelbagai cara yang boleh digunakan.

Umi senaraikan di sini kaedah yang Umi gunakan:

1)Mandi menggunakan sabun pokok semambu. Sabun ini boleh dibeli di farmasi sahaja. In syaa Allah ia dapat membantu mengurangkan rasa miang keruping tersebut. Harga sebuku RM7.50 sahaja.

                                           Image result for sabun neem himalaya

2)Sapu ubat Calamine atau kisaran daun pokok semambu. Losyen Calamine yang sejuk membuatkan kulit badan rasa nyaman di samping dapat membunuh virus chicken pox. Ia juga dikatakan mampu mengawal virus daripada terus merebak. Manakala kisaran daun pokok semambu dapat mengurangkan rasa gatal dan menjadikan keruping cepat kering dan sembuh. Losyen Calamine boleh didapati daripada klinik mahu pun farmasi. Sementara itu, Umi perlu rajinkan diri untuk memproses daun pokok semambu bagi dijadikan masker pula.

                                            Image result for losyen calamine

3)Berikan ubat gatal yang diberi oleh doktor mengikut jadual. Ini sangat membantu anak kecil seperti Maryam.

4)Umi juga ikhtiarkan menyapu pati minyak EO Thieves yang telah dilarutkan. Minyak ini Umi sapu di bahagian tapak kaki setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur. Selain itu, Umi gunakan minyak EO Lavender bersama ultrasonic air diffuser setiap malam sebelum tidur. Kaedah ini sangat membantu Maryam untuk tidur lena. Oh ya! Jika berminat untuk dapatkan pelbagai jenis minyak EO jenama Young Living jangan segan hubungi Umi ye.

                           Image result for yl lavender essential oil        Image result for yl thieves


5)Mandi dengan kerap. Umi akan mandikan Maryam sekerap mungkin dan sapu semula losyen Calamine setiap kali selepas mandi.

6)Pantang makanan yang gatal. Ya, bagi memastikan anak-anak kurang menggaru Umi pastikan mereka elak makanan yang boleh merangsang rasa gatal seperti telur dan makanan laut terutamanya. Memandangkan Maryam masih menyusu badan lagi, Umi pun kena pantang sama!

7)Selain itu, anak-anak juga Umi tidak pakaikan baju atau seluar di rumah. Cukup sekadar memakai seluar kecil atau lampin pakai buang sahaja. Ini bagi memastikan badan mereka kurang berpeluh dan tidak panas.



Nampaknya itu sahaja perkongsian Umi secara alami bagi merawat penyakit yang menggerunkan ibu bapa semua. Merawat parut yang ditinggalkan? Umi akan ikhtiarkan nanti kisahnya di sini. Sekarang, Umi perlu merawat anak-anak dahulu yang masing-masing menagih perhatian luar biasa. Jumpa lagi in syaa Allah.




Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Wednesday, August 1, 2018

Shaklee:Ostematrix Suplemen Buat Tulang

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini Umi ingin kongsikan info berkenaan dengan satu lagi produk terbaik Shaklee iaitu Ostematrix. Lazimnya suplemen ini sangat sinonim dengan susu, kalsium, gigi dan banyak lagi. Mengapa agaknya?

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima yang menyeluruh. 

                           Image result for ostematrix shaklee


Kandungan Ostematrix

Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap

Magnesium (400mg) - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya

Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium

Boron - Bantu dalam metabolisme tulang

Mangan, tembaga & zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang  



Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium
  • Kerap sakit gigi
  • Gusi Berdarah
  • Kejang Otot
  • Rambut kasar
  • Tumit pecah/ kasar
  • Kuku rapuh
  • Kebas kaki dan tangan
  • Kulit kering


Berikut adalah ringkasan bagi kebaikan Ostematrix secara menyeluruh kepada tubuh badan kita.

Image result for ostematrix shaklee



Ingin Umi kongsikan pengalaman Umi sendiri. Umi telah mengamalkan Ostematrix sejak melahirkan anak pertama lagi. Umi mengambil suplemen ini kerana Umi jarang minum susu dan Umi perlu menyusukan anak-anak. Umi lazimnya selang-selikan pengambilan Ostematrix dengan minum susu. Namun, ada juga Umi terlupa untuk menelan suplemen ini.

Pengalaman kesihatan yang merudum selepas melahirkan anak ke-4, ketika itu baharu sahaja habis berpantang benar-benar membuatkan Umi keliru. Umi mengalami sakit daripada bahagian lutut ke bawah yang teramat sangat terutamanya pada waktu pagi selepas bangun daripada tidur. Ingin menapakkan kaki adalah sesuatu yang ngeri pada masa itu. Umi terpaksa solat duduk kerana kaki tidak tahan berdiri lama dan lutut sukar dibengkokkan. 

Umi cuba berurut namun sakit tetap tidak hilang. Akhirnya Umi merujuk ke klinik dan mendapatkan nasihat doktor. Umi dibekalkan pil kalsium untuk sebulan. Doktor menjangkakan Umi kekurangan kalsium pada masa itu. Baharu mengamalkan seminggu pengambilan pil kalsium yang konsisten, alhamdulillah sakit semakin berkurangan dan Umi sudah boleh solat seperti biasa. Sejak itu Ostematrix menjadi suplemen wajib buat Umi.

Sekiranya ada di antara rakan-rakan mengalami sakit seperti Umi, bolehlah mencuba suplemen ini. Jika serasi bolehlah diamalkan demi kesihatan. Dapatkan suplemen Ostematrix Shaklee ini dengan WA atau menghubungi talian 0197493880.


*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah iklan produk suplemen



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Kosongkan Tabung Emosi

Apa itu emosi?

Menurut Kamus Bahasa Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan emosi sebagai 1)perasaan jiwa yang kuat seperti marah, sedih dan sebagainya 2)keadaan perasan atau fikiran yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang.

Ia adalah anugerah Allah S.W.T kepada umatnya. Tanpa emosi, kita bukan seorang 'manusia'! Emosi yang sihat mendorong kepada tahap mental, fizikal dan sosial yang positif. Sekiranya emosi menjadi tidak terkawal, seseorang akan terkesan tahap kesihatan mental, sosial mahu pun fizikalnya boleh jatuh sakit. Oleh itu penting untuk kita belajar mengawal emosi sendiri dan emosi orang lain juga. 

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada keadaan  emosi yang tidak stabil. Antaranya masalah di tempat kerja, tanggungjawab terhadap famili, hutang di sekeliling pinggang dan macam-macam lagi. Bagaimana mengawal emosi agar sentiasa berada dalam keadaan yang positfi? Mudah sahaja sebenarnya. Bagi Umi, untuk memastikan emosi kita sentiasa terkawal kita perlu bijak menangani faktor-faktor sekeliling yang boleh mencederakan emosi kita. Lazimnya, cara pantas menenangkan emosi adalah dengan menarik nafas dalam yang panjang untuk beberapa saat dan kemudian melepaskannya kembali. Ulang beberapa kali sehingga kita berasa lega. Cara lain adalah dengan membaca Al-Quran. Ada kalanya Umi perlu menangis untuk meredakan emosi yang sedang serabut. Setiap orang memiliki cara melegakan emosi masing-masing. Justeru, lakukan cara-cara tersebut mengikut keselesaan anda.


Image result for emosi


Pentingkah untuk kita mengawal emosi?

Ya, sangat penting. Ingin Umi tegaskan kesihatan emosi yang terkawal akan mewujudkan suasana persekitaran yang harmoni dan begitulah sebaliknya. Jadi, sekiranya anda tahu emosi anda sedang dilanda badai maka segeralah mengubatinya. Jangan dibiarkan menjadi parah. Silap hari bulan boleh jadi gila dibuatnya.

Umi sendiri sedang dalam proses belajar menangani emosi. Jadi, jom kita amalkan emosi yang sihat!
Semoga sedikit perkongsian ini dapat membuka mata anda. Jumpa lagi!



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Tuesday, July 31, 2018

Shaklee:Kenali Multivitamin Vita-Lea

Memastikan tubuh badan menerima segala mineral dan vitamin yang diperlukan secukupnya pada setiap hari amat dititikberatkan oleh pakar pemakanan dan pengamal kesihatan sendiri. Pengambilan sumber makanan yang bersih, segar dan seimbang belum tentu mampu membekalkan jumlah vitamin dan mineral yang mencukupi bagi proses kerja tubuh badan yang maksimum. Ini kerana pelbagai faktor pemusnah di sekeliling yang mengurangkan keberkesanan penyerapan segala nutrisi tersebut. Menyedari hakikat ini, pengambilan makanan tambahan adalah satu langkah bagi mengatasi masalah ini.

Jom Umi perkenalkan multivitamin istimewa Shaklee yang sudah terkenal sejak dahulu lagi iaitu Vita-Lea.


Merupakan multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitaliza-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. 

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea, multivitamin pertama di dunia. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.







Tablet multivitamin Vita-Lea Shaklee ini disaluti dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”. 

Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Vitamin yang terkandung dalam multivitamin Vita-Lea Shaklee : 

Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak 
Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat 
Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi 
Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi 
Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot 
Boron – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung



Apa perbezaan multi-vitamin VITA-LEA Shaklee?

♕ Merupakan multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia
♕ Setiap tablet Vita-Lea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diesktrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan
♕ Dilengkapi dengan 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA
♕ Diformulasikan secara komprehensif dan seimbang
♕ Diselaputi dengan spirulina
♕ Dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi yang kompleks
♕ Mineral yang terkandung dalam Vita-Lea mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil
♕ Ujian klinikal membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
♕ Dipilih oleh Center of Science di US sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN dalam Public Interest tahun 2000

Apa manfaat utama VITA-LEA Shaklee?

✿ Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
✿ Membantu sistem memori dan fokus
✿ Merupakan pelengkap nutrisi
✿ Meningkatkan sistem produktif terutama bagi remaja yang sedang membesar
✿ Membantu dalam stimulasi metabolisma
✿ Membantu melambatkan proses penuaan
✿ Menyediakan nutrisi asas, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru
✿ Membantu proses tumbesaran
✿ Melindungi fungsi buah pinggang, jantung, hati

Hubungi Umi melalui WA atau di talian 0197493880 bagi maklumat lanjut.

Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Buku 50 Kisah Luar Biasa Suri Rumah:Merantau Seluruh Dunia

Assalamualaikum W.B.T

Seringkali kita mendengar ucapan ini 'nikmat apa lagi yang hendak kita dustakan..'. Pernah dengar ke tidak pepatah ini? Ucapan ringkas yang sangat mendalam maksud tersiratnya. Hatta mencerminkan kerdilnya diri ini sebagai seorang hamba.

Sejujurnya tidak pernah Umi impikan untuk menulis sebuah buku yang boleh merata-rata berjalannya. Hikmah di sebalik buku sulung ini, ditulis secara bekerjasama bersama 22 orang penulis lain benar-benar membuka pandangan lain Umi tentang dunia penulisan yang selama ini kelihatan misteri buat Umi. Rupanya mudah sungguh perjalanan buku kecil ini apabila ia diizin olehNya. Kun fa ya kun! Maka terjadilah ia sebagaimana kehendak si pencipta agung. Allahhuakbar, jadi apakah lagi nikmat yang Umi hendak sangkal? Terlalu banyak sebenarnya yang telah diberi. Namun, sudut pandangan Umi yang terlalu mikro menyebabkan Umi jadi 'buta'. Justeru, Allah titipkan rakan-rakan ini bagi membimbing semula. Terima kasih Ya Allah!

Lihatlah dunia! Dakwah kecil ini tersebar di serata muka bumi. Rakan-rakan di luar sana yang jauh beribu batu sudah memiliki buku ini. Anda? Masih mahu bagi alasan 'tiada masa hendak membaca?' Tepuk dada tanya diri sendiri.



Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and text



Buku #rezekiAjaib ini masih boleh diperolehi daripada Umi. Sudikanlah mendapatkannya dengan WA atau hubungi Umi segera di 0197493880.

Semoga bertemu di lain waktu.




Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Monday, July 30, 2018

Tasneem Naturel : Rangkaian Produk Baharu

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah syukur Ya Allah di atas kurniaan Mu. Hari ini Umi ingin berkongsi tentang rangkaian produk baharu keluaran Tasneem Naturel. Jom tengok!

Sebelum ini, balm keluaran Tasneem Naturel telah berjaya menambat hati para ibu yang menghadapi pelbagai masalah berkaitan anak-anak mereka terutamanya yang masih bayi. Bertitik tolak dari itu, syarikat yang membawa jenama ini terus mengorak langkah dalam mempelbagaikan lagi produknya di bawah rangkaian yang sama. Popular dengan 5 jenis balm terdahulu, kini tampil pula rangkaian yang sama dalam bentuk berbeza iaitu mandian dan roll on. Inisiatif ini dilihat sangat wajar memandangkan para ibu dan bayi mereka mempunyai keperluan yang berbeza di antara satu sama lain. Kewujudan produk baharu ini dilihat bakal memecah monopoli balm yang sememangnya menjadi kegemaran ibu dan anak sebelum ini.

Image may contain: text


No automatic alt text available.

Bersempena pelancaran produk baharu ini, anda berpeluang menikmati tawaran harga yang lebih jimat daripada harga asalnya. Jadi, jang lepaskan peluang. Jom kita cuba balm TN versi body wash atau roll on pula. Semoga kesannya sama mujarab seperti balmnya juga.

Ingin dapatkan produk keluaran balm TN? Hubungi Umi di talian atau WA sahaja ke 0197493880. 

Semoga bertemu lagi!



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Friday, July 27, 2018

Ziarah Rakan Kekal Ukhwah

Assalamualaikum W.B.T

Hai semua!

Siapa ini? Umi perkenalkan rakan seuniversiti Umi, Pn. Hafifah dan keluarganya. Orang kata tali persaudaraan itu perlu dikekalkan. Bagaimana? Ada pelbagai cara sebenarnya. Antaranya boleh wujudkan kumpulan aplikasi Whatsup, kumpulan tertutup di Facebook, anjurkan program reunion, ziarah-menziarahi, berutus surat dan banyak lagi sebenarnya. Semuanya terpulang kepada kita untuk mencorakkan silaturrahim itu.

Bagi Umi, mana rakan-rakan yang tinggal berdekatan in syaa Allah akan Umi kunjungi rumahnya terutama semasa Hari Raya. Saban tahun, rumah keluarga Pn. Hafifah menjadi destinasi Umi sekeluarga untuk berkunjung. Maklumlah, hendak berjumpa pada waktu biasa, jadual masing-masing agak padat dan kami sejujurnya duduk jauh di antara satu sama lain. Ditakdirkan Allah hubungan ini berlanjutan hingga sekarang dengan izinNya. Zaman belajar dahulu Umi memang banyak terhutang budi dengan keluarga beliau. Rumah inilah yang menjadi persinggahan Umi apabila pulang ke kampung. Jadi, tradisi melawat itu diteruskan sampai kini.

Syukur, Hari Raya Aidilfitri yang lalu Umi sempat singgah lagi di sini. Masing-masing anak sudah besar sekarang. Alahai, cepatnya masa berlalu! Ibu beliau alhamdulillah masih sihat walafiat dan ceria seperti biasa. Inilah sekeping gambar yang sempat dirakamkan sebagai memori kami. Semoga ukhwah ini akan terus berkekalan hendaknya. Aminnn.

Jom jalinkan silaturrahim! Jejak kasih rakan-rakan sepermainan kita dahulu.







Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Cinta Sampai Ke Syurga

Assalamualaikum W.B.T

Coretan kali ini mungkin agak berbeza daripada biasa. Jodoh, mati, rezeki adalah antara yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T sejak seorang hamba itu di dalam rahim ibunya lagi. Tiada siapa yang tahu rahsia ini. Sebagai hambanya, kita hanya mampu berdoa semoga semuanya yang ditentukan olehNya buat kita adalah yang terbaik. Itu sudah semestinya kerana hanya dia yang maha mengetahui segalanya. 

Kisah ini bermula sekitar 8 tahun yang lalu. Apabila kami sama-sama menjejakkan kaki di lobi bangunan gah milik Majlis Amanah Rakyat. Pagi itu, ruang lobi kosong. Hanya ada beberapa orang pengawal keselamatan di kaunter pertanyaan. Ada beberapa sudut ruang menunggu disediakan kerusi panjang, mungkin bagi sesiapa yang ingin duduk sebentar sementara menunggu pintu ke pejabat utama dibuka. 'Dia' duduk di satu bangku betul-betul berhadapan kaunter pertanyaan. Umi pula duduk di satu kerusi di ruang menunggu sudut yang lain. Senyap. Awal pagi, orang belum ramai agaknya. Tapi jam di tangan sudah menunjukkan jam 8 pagi.

Hati mula resah sebab takut terlewat masuk kerja pada hari pertama lapor diri!

'Dia' bergerak ke ruang lif. Umi cepat-cepat mengekori. Entah kenapa membontoti pun Umi tidak pasti. Mungkin gusar ditinggal seorang di ruang lobi. 'Tet' rupanya destinasi kami ke tingkat yang sama. Lega.

Sebaik tiba di tingkat 20, rupanya rakan-rakan yang senasib telah lama tiba. 'Dia' dan Umi sahaja yang ketinggalan. Pada masa itu hanya ada 4 orang sahaja staf wanita termasuk Umi yang melapor diri, selebihnya adalah staf lelaki. Berdebar juga sebab kerja baru katakan.

Dan detik pertemuan di lobi membawa 'Dia' dan Umi sehingga ke hari ini. Geng gaduh pujuk sendiri!







Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah Tambat Hati Staf JAS

Assalamualaikum W.B.T

Lamanya tidak bersiaran di sini. Berhabuk rasanya!

Masih berkisar buku #rezekiAjaib. Kali ini, Umi kongsikan foto rakan seuniversiti Umi di UiTM dahulu. Hendak dijadikan cerita, beliau telah menempah senaskah buku ini dengan Umi semasa promosi Pre-Order yang lalu. Namun, yang menjadi berdebar-debar lagi apabila seorang rakan sekerjanya rupanya adalah penulis bersama untuk buku ini iaitu Pn. Azizah Zainudin. Ya Allah! Kecil betul rasanya dunia ini kan.

Umi doakan rakan Umi ini, Pn. Aini bakal mendapat sesuatu daripada buku ini. In syaa Allah.



Jurutera Penulisan Shuhadah Sulaiman


Wednesday, June 6, 2018

Dakwah Sampai Ke Mekah

Assalamualaikum.

Tiada kata mampu Umi ungkapkan tatkala melihat foto yang dikongsikan seorang rakan penulis lain. Ya, ia testimoni daripada seorang pembeli. Baiknya hati seorang adik, mengirimkan sebuah hadiah penuh makna buat kakaknya yang jauh di sana. Kebetulan si kakak sedang mengerjakan umrah di Tanah Haram. Tanpa diduga buku ini..kisah yang Umi tulis hanya dua kisah sahaja telah mendarat di bumi suci. Selalunya berangan-angan sahaja hendak ke sana, tidak sangka Allah makbulkan dalam cara yang berbeza. Dakwah kecil di tanah suci, besar maknanya buat Umi. Semoga suatu hari nanti Allah izinkan Umi sendiri menjejak kaki ke sini. Amin.



Lazimnya, sambil memandu pulang ke rumah setiap petang Umi akan melayani radio IKIM bagi memenuhi kehendak halwa telinga. Paling gemar mengikuti slot perkongsian pengalaman para mualaf memeluk Islam. Antara intipati daripada setiap kisah, hanya satu perkara yang ditekankan iaitu kita sebagai penganut agama Islam perlu berdakwah kepada dunia sebab ramai di luar sana yang tidak tahu pun apa itu Islam. Justeru, terdetik di hati bagaimana agaknya cara Umi hendak berdakwah? Umi bukan ustazah, apa lagi mahu beri ceramah sedangkan diri sendiri pun pasaknya belum tegap. 

Percaturan yang cantik sekali, Allah jawab pertanyaan itu dengan penuh hikmah. Tidak pernah terlintas hasil tulisan yang diharap dapat menjadi dakwah kecil ini mampu pergi sejauh ini. Tidak terjangkau dek akal yang waras. Mustahil bagi kita tetapi tidak bagi Allah. Terima kasih Ya Allah sebab melibatkan Umi dalam dakwah Islam cara ini. Semoga ia menjadi saham akhirat buat Umi dan para penulis bersama.

Buat para pembaca yang telah memiliki buku ini, terima kasih sebab sudi menyahut dakwah kami 'mak-mak moden yang tradisional'. Bawalah ia ke mana-mana, mungkin ada yang memerlukan kata-kata semangat nanti maka hulurkan ia. Mana tahu, itu boleh jadi salah satu dakwah juga.



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Karya Penulis Rohamiah Muda

Assalamualaikum pembuka kata.


Rohamiah Muda, seorang penulis yang Umi kenali selepas terjebak dalam kancah penulis. Menjadi rakan di alam maya sahaja. Namun, Umi kagum dengan semangat dan produk yang telah beliau hasilkan sejak tahun 2016. Melihat kepada naskah-naskah beliau, terpamer suatu kesungguhan dalam diri beliau untuk menulis dan menulis lagi. Kagum Umi!

Umi sendiri mula berangan-angan untuk menulis dan menghasilkan naskah sendiri kelak. Perasaan menulis bersama dalam buku #rezekiAjaib sebelum ini pun sudah lain macam gembiranya, bagaimana agaknya rasa jika impian menjadi realiti?

Buku-buku di atas boleh diperolehi di kedai-kedai buku atau pun boleh menghubungi beliau terus. Selamat membaca!



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman 

Buku 50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah Kini Di Perpustakaan Negara

Assalamualaikum W.B.T

Syukur Ya Allah! Semalam perkhabaran gembira buat semua 23 orang penulis buku 50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah apabila editor merangkap penerbit, Pn. Nisa memaklumkan buku ini telah selamat diserahkan ke Perpustakaan Negara Malaysia. Alhamdulillah.

Menjadi syarat buku yang telah diterbitkan perlu dihantar ke sini sebanyak 5 naskah selepas sebulan penerbitannya. Jika lewat, bersedialah untuk didenda! Dendanya bukan seringgit dua, mencecah puluhan ribu juga. Sanggup?!

Sesiapa yang berkunjung ke sini, bolehlah mencari buku istimewa ini. Semoga semua suri dan seisi keluarga boleh menghadam apa yang cuba disampaikan oleh para penulis semua.







Jauh sangat hendak ke sini? Mudah sahaja, hubungi dan buat pesanan melalui Umi di 0197493880. Jadikan membaca amalan kita.


Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Tuesday, June 5, 2018

Mencari Malam Lailatul Qadr

Assalamualaikum W.B.T

                                Image result for mencari lailatul qadr

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nafas hari ini. Alhamdulillah, sedar atau tidak sudah genap 20 hari kita berpuasa. Pantasnya masa berlalu. Kurang 10 hari lagi bulan Ramadan yang mulia akan meninggalkan kita.

Dalam tempoh 10 malam terakhir ini, marilah kita berkejar-kejar membuat amal. Istiqamah beribadat di malam hari. Semoga ada rezeki bertemu malam yang dinanti-nanti iaitu malam Lailatul Qadr.

Berikut Umi kongsikan panduan bagi menjangka malam yang mulia ini. Hari pertama Ramadan boleh menjadi panduan dalam menentukan malam istimewa tersebut. Namun, carilah juga malam itu pada malam-malam yang lain. 

Selamat beramal dan semoga kita semua dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadr.


Jangkaan Kemunculan Lailatul Qadar

Jangkaan malam lailatul qadar SQ

Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Sunday, June 3, 2018

Akademi Blog Di Rumah:Entri 44

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, ini adalah entri ke-44. Akademi Blog Di Rumah (ABDR) adalah suatu platform yang baik dan perlu diperluaskan peranannya dalam membantu para suri teruatamanya yang dahagakan ilmu dalam penulisan blog dari rumah. Terjebak secara tidak sengaja menerusi Pn. Saniah yang dikenali melalui buku 50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah. Umi teruskan bertatih sedikit demi sedikit.

Ditugaskan untuk menulis 44 entri selama 20 hari, purata 2 entri setiap hari nampak mudah. Seusai menempuhnya, ia sebenarnya satu tugasan yang memerlukan pengorbanan, disiplin, ketekunan dan percaturan yang baik dalam pelbagai segi. Sibuk dengan tugasan hakiki di pejabat, disusuli kerja-kerja rumah yang tidak akan habis serta keletah anak=anak yang masih memerlukan perhatian sungguh menguji proses pembelajaran ini. Ada kalanya, apa yang dirancang tidak berjalan lancar. Hal-hal kecemasan turut mengambil tempat tanpa diduga. Semuanya Umi lalui dang anggap ia sebagai ujian. Begitulah cabaran dalam menuntut ilmu.

Dibimbing oleh Pn. Masayu Ahamd, dengan pelbagai tips dan kata-kata sokongan menaikkan lagi semangat untuk terus berjuang. Bukan mudah sebenarnya untuk intiqamah menulis dan mengemaskini blog setiap hari. Apa yang dipaparkan di dada Facebook perlu dikeamskini juga di blog. Begitulah rutinnya setiap hari. Namun, Umi kadang-kala culas juga dek kerana kesibukan yang menuntut tugasan lebih utama. Sebenarnya Umi pun sudah terlebih 2 hari baru dapat tiba ke entri ini!

Sepanjang tempoh 20 hari, tunjuk ajar oleh Pn. Masayu telah membuka mata dan minda Umi dalam menterjemahkan keperluan dan kaedah sebenar penggunaan blog. Ia ruang penulisan bukan biasa-biasa. Jika digunakan sebaiknya ia boleh menjadi peluang yang luar biasa. Sejuta penghargaan buat beliau atas tunjuk ajar dan ilmu yang dikongsikan. Sekiranya ada yang berminat untuk mengikuti kelas blog dengan beliau, bolehlah menghubungi beliau atau agen-agen beliau. 

In syaa Allah, apa yang dipraktikkan selama ini akan terus Umi perjuangkan. Tujuannya hanya satu, semoga setiap apa yang Umi kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Mungkin inilah saham akhirat buat Umi yang hina ini. Hendak berdakwah seperti ustazah hanya angan-angan Mat Jenin sahaja. Justeru medium ini rasanya adalah pilihan terbaik untuk berjuang di jalan Allah.


Kini, Umi bergelar alumni ABDR. Semoga terus maju jaya!



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Jemputan Menulis Lagi

Assalamualaikum dan hai semua. Semoga para pembaca sihat belaka hendaknya, aminnn.

Sedang tangan leka menari-nari di dada papan kekunci komputer riba di pejabat, terlihat sebuah emel memasuki peti pesanan emel Umi. Wah! Emel apa pula ini? Adakah emel yang dinantikan sejak beberapa hari yang lalu? hati tertanya-tanya teruja ingin lekas buka emel yang baharu masuk tadi.


Ya Allah! Emel jemputan menulis lagi rupanya. Hati bagaikan melompat-lompat gembira, persis si anak kecil yang mendapat gula-gula kegemarannya. Emel tersebut dihantar oleh penyelaras buku 50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah. Kali ini, projek rentetan di atas kejayaan buku tersebut.

Apa tidaknya dalam tempoh 20 hari sahaja, lebih kurang 700 buah buku telah berjaya dijual dan ilmunya telah tersebar luas ke seluruh pelosok Malaysia. Demi meraikan kejayaan tersebut, in syaa Allah kami para ibu-ibu akan muncul dengan produk terbaru pula. Semoga penulisan Umi bakal menghiasi buku yang seterusnya. Dengar khabar, projek kali ini akan melibatkan lebih ramai kaum ibu. In syaa Allah.

Sama-sama kita nantikan kemunculannya. Semoga menjadi realiti!



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Memori Kelahiran Dzulaiha


Assalamualaikum w.b.t 

Dalam entri kali ini, Umi mencatatkan pengalaman saat getirnya melahirkan si comel yang sulung Dzulaiha. Semoga dapat menjadi panduan kepada mereka yang bakal bergelar seorang 'IBU'. 

Tanggal Rabu, 8 Disember 2010 jam 3 pagi segalanya bermula. Rasa tidak selesa dan perasaan gusar saat itu cuba dibendung. Walaupun rasa sakit, Umi tahu masa sebenar belum tiba (berdasarkan pembacaan Umi di internet dan buku-buku). Umi terus berjaga sehingga pagi kerana tidak boleh lelap mata dengan perut yang seakan-akan memulas.  Subuh menjelma. Seperti biasa Umi bersiap-siap untuk pergi kerja tetapi hati rasa kurang enak. Diluahkan rasa itu pada encik suami...cemaslah dia dan mulalah dia membebel.

"Kenapa tak kejut saya pagi-pagi tadi? Ni kan kecemasan!"..."Kita balik kampung!"..."Awak boleh tahan sakit lagi tak?"..."Macam mana ni, nak balik kampung ke singgah klinik check dulu?" - itulah antara kata-kata yang masih Umi ingat saat Umi sendiri pun bingung tetapi terima kasih sebab kerisauannya memberi semangat untuk Umi terus bertahan. Pagi itu kami bergegas pulang ke kampung. Sepatutnya hari itu Umi kena pergi klinik untuk menjalani pemeriksaan mingguan. Memandangkan ini pengalaman pertama, kami berhenti dulu di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk pemeriksaan. Malangnya kena tahan wad pula, cancel balik kampung! 

1st time duduk wad, 2nd class - 1 bilik 4 orang..not bad. Ada seorang patient depan katil Umi, baru lepas bersalin anak lelaki. Cute sangat! Malangnya kena vakum, kasihan. Aku hanya berdoa semoga proses kelahiranku berjalan lancar semuanya.  Waktu melawat tengah hari, keluarga dan mertuaku datang melawat. Kebetulan semasa lawatan adalah masa untuk pemeriksaan. Maka, aku pun diperiksalah oleh pelejar-pelajar yang sedang buat praktikal. Cari contraction Umi tidak jumpa-jumpa! Umi pula yang beritahu bila masa adanya contraction. Time ini masih boleh senyum dan gelak lagi walaupun kadang-kadang rasa sakit datang. Tamat waktu melawat, Umi tinggal seorang lagi, bosannya. Tiba-tiba sakit makin kuat diiringi lelehan darah. Umi bertahan lagi dan cuba untuk tidak panik. Macam-macam gaya Umi buat semua serba tidak kena. Sekeja duduk, kemudian berjalan, baring pula tetapi sakit yang mendatang makin keras dan makin kerap. Lebih kurang waktu minum petang, Umi mengadu pada seorang jururawat tapi katanya nanti doktor datang periksa jam 7 petang. Lamanya!!!  Jam 4.30 petang, encik suami dan mertua datang melawat lagi. Alangkah bagusnya jika hospital kerajaan benarkan para suami temankan isteri mereka. Apakan daya, Umi kena harungi saat itu seorang diri dan perlu bertabah. Masa bergerak sangat lambat bagi Umi. Rasanya sudah tidak boleh tahan sakit yang datang tetapi doktor masih belum tiba juga walaupun jam sudah 7.30 malam.Sekitar 8.00 malam, doktor-doktor tiba. Hairan betul sebab semuanya menumpu pada seorang pesakit sahaja disebabkan pesakit tersebut sakit sangat-sangat dari masuk wad awal pagi tadi tetapi bukaan pintu rahimnya baru 1.5cm sahaja. Tiada siapa hiraukan Umi. Mana boleh jadi! Umi pun sakit juga! Akhirnya Umi panggil doktor pakar seorang ini dan menceritakan kesakitan yang ditanggung serta apa yang berlaku sejak petang tadi. Apalagi, kena marahlah doktor-doktor dan jururawat yang ada di situ sebab tidak melihat keadaan Umi. Bila diperiksa rupa-rupanya bukaan sudah 9cm!!! Bayangkan jika Umi masih tidak dilayan, mahu terbersalin di wad malam itu. Jam 8.45 malam, Umi diusung segera ke bilik bersalin. Umi hanya sempat sms encik suami sahaja memberitahu Umi sudah dibawa ke bilik bersalin. 

Umi suka  bilik bersalin di hospital ini sebab ianya khas untuk setiap seorang pesakit pada satu-satu masa. Adik jururawat yang praktikal tegur, cakap Umi nampak cool tidak macam orang hendak bersalin. Kembanglah juga tetapi tuhan sahaja yang tahu kesakitannya. Sampai di bilik bersalin, bukaan sudah cukup 10cm dan semua prosedur untuk menyambut kelahiran bayi Umi telah disediakan. Syukur sangat sebab pada malam itu tidak ramai yang bersalin jadi suasana tidaklah bingit sangat. 

Tepat 10.30 malam, Umi rasa sudah bersedia untuk melahirkan bayi pertama ini. Semua kakitangan hospital memberikan kerjasama dan semangat bagi memudahkan proses kelahiran. Alhamdulillah, dengan segala kudrat dan izinNya Umi selamat melahirkan seorang bayi perempuan tepat 10.45 malam (Khamis malam Jumaat). Saat menatapi buat pertama kalinya puteri comel itu sangat membahagiakan. Hilang sekejap rasa sakit. Selepas mendukungnya seketika, bayi dibawa keluar untuk diperiksa secara keseluruhannya. Sementara itu, Umi menjalani prosedur yang seterusnya. Malangnya, hampir 2 jam Umi berada dalam bilik bersalin disebabkan pendarahan yang tidak berhenti. Umi hanya berdoa semoga dipermudahkan urusan. Alhamdulillah, jam 1.00 pagi barulah Umi dibenarkan kembali ke wad. Namun, Umi tidak boleh tidur pun sebab si kecil kadang-kala merengek-rengek dan Umi pun tidak tahu apa yang dia inginkan.  

Alhamdulillah, keesokan harinya pendarahan berkurang tetapi badan masih lemah. Tidak sabar rasanya untuk pulang segera ke rumah. Selepas menjalani pelbagai prosedur, petang itu Umi dibenarkan pulang kerana Umi tidak mengalami sebarang komplikasi. Syukur. Begitulah serba sedikit detik-detik hampir 18 jam penantian untuk melahirkan bayi pertama. Semoga kisah ini dapat dijadikan panduan dan perkongsian bersama. 

                 Image result for memori kelahiran dzulaiha
Nama: Nurnajmi Dzulaiha bt Zulkarnain Berat: 3.4kg Masa: 10.45 malam (Khamis malam Jumaat) 





Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman