Friday, July 27, 2018

Ziarah Rakan Kekal Ukhwah

Assalamualaikum W.B.T

Hai semua!

Siapa ini? Umi perkenalkan rakan seuniversiti Umi, Pn. Hafifah dan keluarganya. Orang kata tali persaudaraan itu perlu dikekalkan. Bagaimana? Ada pelbagai cara sebenarnya. Antaranya boleh wujudkan kumpulan aplikasi Whatsup, kumpulan tertutup di Facebook, anjurkan program reunion, ziarah-menziarahi, berutus surat dan banyak lagi sebenarnya. Semuanya terpulang kepada kita untuk mencorakkan silaturrahim itu.

Bagi Umi, mana rakan-rakan yang tinggal berdekatan in syaa Allah akan Umi kunjungi rumahnya terutama semasa Hari Raya. Saban tahun, rumah keluarga Pn. Hafifah menjadi destinasi Umi sekeluarga untuk berkunjung. Maklumlah, hendak berjumpa pada waktu biasa, jadual masing-masing agak padat dan kami sejujurnya duduk jauh di antara satu sama lain. Ditakdirkan Allah hubungan ini berlanjutan hingga sekarang dengan izinNya. Zaman belajar dahulu Umi memang banyak terhutang budi dengan keluarga beliau. Rumah inilah yang menjadi persinggahan Umi apabila pulang ke kampung. Jadi, tradisi melawat itu diteruskan sampai kini.

Syukur, Hari Raya Aidilfitri yang lalu Umi sempat singgah lagi di sini. Masing-masing anak sudah besar sekarang. Alahai, cepatnya masa berlalu! Ibu beliau alhamdulillah masih sihat walafiat dan ceria seperti biasa. Inilah sekeping gambar yang sempat dirakamkan sebagai memori kami. Semoga ukhwah ini akan terus berkekalan hendaknya. Aminnn.

Jom jalinkan silaturrahim! Jejak kasih rakan-rakan sepermainan kita dahulu.







Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

No comments:

Post a Comment