Friday, July 27, 2018

Cinta Sampai Ke Syurga

Assalamualaikum W.B.T

Coretan kali ini mungkin agak berbeza daripada biasa. Jodoh, mati, rezeki adalah antara yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T sejak seorang hamba itu di dalam rahim ibunya lagi. Tiada siapa yang tahu rahsia ini. Sebagai hambanya, kita hanya mampu berdoa semoga semuanya yang ditentukan olehNya buat kita adalah yang terbaik. Itu sudah semestinya kerana hanya dia yang maha mengetahui segalanya. 

Kisah ini bermula sekitar 8 tahun yang lalu. Apabila kami sama-sama menjejakkan kaki di lobi bangunan gah milik Majlis Amanah Rakyat. Pagi itu, ruang lobi kosong. Hanya ada beberapa orang pengawal keselamatan di kaunter pertanyaan. Ada beberapa sudut ruang menunggu disediakan kerusi panjang, mungkin bagi sesiapa yang ingin duduk sebentar sementara menunggu pintu ke pejabat utama dibuka. 'Dia' duduk di satu bangku betul-betul berhadapan kaunter pertanyaan. Umi pula duduk di satu kerusi di ruang menunggu sudut yang lain. Senyap. Awal pagi, orang belum ramai agaknya. Tapi jam di tangan sudah menunjukkan jam 8 pagi.

Hati mula resah sebab takut terlewat masuk kerja pada hari pertama lapor diri!

'Dia' bergerak ke ruang lif. Umi cepat-cepat mengekori. Entah kenapa membontoti pun Umi tidak pasti. Mungkin gusar ditinggal seorang di ruang lobi. 'Tet' rupanya destinasi kami ke tingkat yang sama. Lega.

Sebaik tiba di tingkat 20, rupanya rakan-rakan yang senasib telah lama tiba. 'Dia' dan Umi sahaja yang ketinggalan. Pada masa itu hanya ada 4 orang sahaja staf wanita termasuk Umi yang melapor diri, selebihnya adalah staf lelaki. Berdebar juga sebab kerja baru katakan.

Dan detik pertemuan di lobi membawa 'Dia' dan Umi sehingga ke hari ini. Geng gaduh pujuk sendiri!







Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

No comments:

Post a Comment