Assalamualaikum.
Alhamdulillah, ini adalah entri ke-44. Akademi Blog Di Rumah (ABDR) adalah suatu platform yang baik dan perlu diperluaskan peranannya dalam membantu para suri teruatamanya yang dahagakan ilmu dalam penulisan blog dari rumah. Terjebak secara tidak sengaja menerusi Pn. Saniah yang dikenali melalui buku 50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah. Umi teruskan bertatih sedikit demi sedikit.
Ditugaskan untuk menulis 44 entri selama 20 hari, purata 2 entri setiap hari nampak mudah. Seusai menempuhnya, ia sebenarnya satu tugasan yang memerlukan pengorbanan, disiplin, ketekunan dan percaturan yang baik dalam pelbagai segi. Sibuk dengan tugasan hakiki di pejabat, disusuli kerja-kerja rumah yang tidak akan habis serta keletah anak=anak yang masih memerlukan perhatian sungguh menguji proses pembelajaran ini. Ada kalanya, apa yang dirancang tidak berjalan lancar. Hal-hal kecemasan turut mengambil tempat tanpa diduga. Semuanya Umi lalui dang anggap ia sebagai ujian. Begitulah cabaran dalam menuntut ilmu.
Dibimbing oleh Pn. Masayu Ahamd, dengan pelbagai tips dan kata-kata sokongan menaikkan lagi semangat untuk terus berjuang. Bukan mudah sebenarnya untuk intiqamah menulis dan mengemaskini blog setiap hari. Apa yang dipaparkan di dada Facebook perlu dikeamskini juga di blog. Begitulah rutinnya setiap hari. Namun, Umi kadang-kala culas juga dek kerana kesibukan yang menuntut tugasan lebih utama. Sebenarnya Umi pun sudah terlebih 2 hari baru dapat tiba ke entri ini!
Sepanjang tempoh 20 hari, tunjuk ajar oleh Pn. Masayu telah membuka mata dan minda Umi dalam menterjemahkan keperluan dan kaedah sebenar penggunaan blog. Ia ruang penulisan bukan biasa-biasa. Jika digunakan sebaiknya ia boleh menjadi peluang yang luar biasa. Sejuta penghargaan buat beliau atas tunjuk ajar dan ilmu yang dikongsikan. Sekiranya ada yang berminat untuk mengikuti kelas blog dengan beliau, bolehlah menghubungi beliau atau agen-agen beliau.
In syaa Allah, apa yang dipraktikkan selama ini akan terus Umi perjuangkan. Tujuannya hanya satu, semoga setiap apa yang Umi kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Mungkin inilah saham akhirat buat Umi yang hina ini. Hendak berdakwah seperti ustazah hanya angan-angan Mat Jenin sahaja. Justeru medium ini rasanya adalah pilihan terbaik untuk berjuang di jalan Allah.
Kini, Umi bergelar alumni ABDR. Semoga terus maju jaya!
Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman
No comments:
Post a Comment