Wednesday, August 1, 2018

Kosongkan Tabung Emosi

Apa itu emosi?

Menurut Kamus Bahasa Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan emosi sebagai 1)perasaan jiwa yang kuat seperti marah, sedih dan sebagainya 2)keadaan perasan atau fikiran yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang.

Ia adalah anugerah Allah S.W.T kepada umatnya. Tanpa emosi, kita bukan seorang 'manusia'! Emosi yang sihat mendorong kepada tahap mental, fizikal dan sosial yang positif. Sekiranya emosi menjadi tidak terkawal, seseorang akan terkesan tahap kesihatan mental, sosial mahu pun fizikalnya boleh jatuh sakit. Oleh itu penting untuk kita belajar mengawal emosi sendiri dan emosi orang lain juga. 

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada keadaan  emosi yang tidak stabil. Antaranya masalah di tempat kerja, tanggungjawab terhadap famili, hutang di sekeliling pinggang dan macam-macam lagi. Bagaimana mengawal emosi agar sentiasa berada dalam keadaan yang positfi? Mudah sahaja sebenarnya. Bagi Umi, untuk memastikan emosi kita sentiasa terkawal kita perlu bijak menangani faktor-faktor sekeliling yang boleh mencederakan emosi kita. Lazimnya, cara pantas menenangkan emosi adalah dengan menarik nafas dalam yang panjang untuk beberapa saat dan kemudian melepaskannya kembali. Ulang beberapa kali sehingga kita berasa lega. Cara lain adalah dengan membaca Al-Quran. Ada kalanya Umi perlu menangis untuk meredakan emosi yang sedang serabut. Setiap orang memiliki cara melegakan emosi masing-masing. Justeru, lakukan cara-cara tersebut mengikut keselesaan anda.


Image result for emosi


Pentingkah untuk kita mengawal emosi?

Ya, sangat penting. Ingin Umi tegaskan kesihatan emosi yang terkawal akan mewujudkan suasana persekitaran yang harmoni dan begitulah sebaliknya. Jadi, sekiranya anda tahu emosi anda sedang dilanda badai maka segeralah mengubatinya. Jangan dibiarkan menjadi parah. Silap hari bulan boleh jadi gila dibuatnya.

Umi sendiri sedang dalam proses belajar menangani emosi. Jadi, jom kita amalkan emosi yang sihat!
Semoga sedikit perkongsian ini dapat membuka mata anda. Jumpa lagi!



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

No comments:

Post a Comment