Wednesday, June 6, 2018

Dakwah Sampai Ke Mekah

Assalamualaikum.

Tiada kata mampu Umi ungkapkan tatkala melihat foto yang dikongsikan seorang rakan penulis lain. Ya, ia testimoni daripada seorang pembeli. Baiknya hati seorang adik, mengirimkan sebuah hadiah penuh makna buat kakaknya yang jauh di sana. Kebetulan si kakak sedang mengerjakan umrah di Tanah Haram. Tanpa diduga buku ini..kisah yang Umi tulis hanya dua kisah sahaja telah mendarat di bumi suci. Selalunya berangan-angan sahaja hendak ke sana, tidak sangka Allah makbulkan dalam cara yang berbeza. Dakwah kecil di tanah suci, besar maknanya buat Umi. Semoga suatu hari nanti Allah izinkan Umi sendiri menjejak kaki ke sini. Amin.



Lazimnya, sambil memandu pulang ke rumah setiap petang Umi akan melayani radio IKIM bagi memenuhi kehendak halwa telinga. Paling gemar mengikuti slot perkongsian pengalaman para mualaf memeluk Islam. Antara intipati daripada setiap kisah, hanya satu perkara yang ditekankan iaitu kita sebagai penganut agama Islam perlu berdakwah kepada dunia sebab ramai di luar sana yang tidak tahu pun apa itu Islam. Justeru, terdetik di hati bagaimana agaknya cara Umi hendak berdakwah? Umi bukan ustazah, apa lagi mahu beri ceramah sedangkan diri sendiri pun pasaknya belum tegap. 

Percaturan yang cantik sekali, Allah jawab pertanyaan itu dengan penuh hikmah. Tidak pernah terlintas hasil tulisan yang diharap dapat menjadi dakwah kecil ini mampu pergi sejauh ini. Tidak terjangkau dek akal yang waras. Mustahil bagi kita tetapi tidak bagi Allah. Terima kasih Ya Allah sebab melibatkan Umi dalam dakwah Islam cara ini. Semoga ia menjadi saham akhirat buat Umi dan para penulis bersama.

Buat para pembaca yang telah memiliki buku ini, terima kasih sebab sudi menyahut dakwah kami 'mak-mak moden yang tradisional'. Bawalah ia ke mana-mana, mungkin ada yang memerlukan kata-kata semangat nanti maka hulurkan ia. Mana tahu, itu boleh jadi salah satu dakwah juga.



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Karya Penulis Rohamiah Muda

Assalamualaikum pembuka kata.


Rohamiah Muda, seorang penulis yang Umi kenali selepas terjebak dalam kancah penulis. Menjadi rakan di alam maya sahaja. Namun, Umi kagum dengan semangat dan produk yang telah beliau hasilkan sejak tahun 2016. Melihat kepada naskah-naskah beliau, terpamer suatu kesungguhan dalam diri beliau untuk menulis dan menulis lagi. Kagum Umi!

Umi sendiri mula berangan-angan untuk menulis dan menghasilkan naskah sendiri kelak. Perasaan menulis bersama dalam buku #rezekiAjaib sebelum ini pun sudah lain macam gembiranya, bagaimana agaknya rasa jika impian menjadi realiti?

Buku-buku di atas boleh diperolehi di kedai-kedai buku atau pun boleh menghubungi beliau terus. Selamat membaca!



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman 

Buku 50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah Kini Di Perpustakaan Negara

Assalamualaikum W.B.T

Syukur Ya Allah! Semalam perkhabaran gembira buat semua 23 orang penulis buku 50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah apabila editor merangkap penerbit, Pn. Nisa memaklumkan buku ini telah selamat diserahkan ke Perpustakaan Negara Malaysia. Alhamdulillah.

Menjadi syarat buku yang telah diterbitkan perlu dihantar ke sini sebanyak 5 naskah selepas sebulan penerbitannya. Jika lewat, bersedialah untuk didenda! Dendanya bukan seringgit dua, mencecah puluhan ribu juga. Sanggup?!

Sesiapa yang berkunjung ke sini, bolehlah mencari buku istimewa ini. Semoga semua suri dan seisi keluarga boleh menghadam apa yang cuba disampaikan oleh para penulis semua.







Jauh sangat hendak ke sini? Mudah sahaja, hubungi dan buat pesanan melalui Umi di 0197493880. Jadikan membaca amalan kita.


Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Tuesday, June 5, 2018

Mencari Malam Lailatul Qadr

Assalamualaikum W.B.T

                                Image result for mencari lailatul qadr

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nafas hari ini. Alhamdulillah, sedar atau tidak sudah genap 20 hari kita berpuasa. Pantasnya masa berlalu. Kurang 10 hari lagi bulan Ramadan yang mulia akan meninggalkan kita.

Dalam tempoh 10 malam terakhir ini, marilah kita berkejar-kejar membuat amal. Istiqamah beribadat di malam hari. Semoga ada rezeki bertemu malam yang dinanti-nanti iaitu malam Lailatul Qadr.

Berikut Umi kongsikan panduan bagi menjangka malam yang mulia ini. Hari pertama Ramadan boleh menjadi panduan dalam menentukan malam istimewa tersebut. Namun, carilah juga malam itu pada malam-malam yang lain. 

Selamat beramal dan semoga kita semua dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadr.


Jangkaan Kemunculan Lailatul Qadar

Jangkaan malam lailatul qadar SQ

Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Sunday, June 3, 2018

Akademi Blog Di Rumah:Entri 44

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, ini adalah entri ke-44. Akademi Blog Di Rumah (ABDR) adalah suatu platform yang baik dan perlu diperluaskan peranannya dalam membantu para suri teruatamanya yang dahagakan ilmu dalam penulisan blog dari rumah. Terjebak secara tidak sengaja menerusi Pn. Saniah yang dikenali melalui buku 50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah. Umi teruskan bertatih sedikit demi sedikit.

Ditugaskan untuk menulis 44 entri selama 20 hari, purata 2 entri setiap hari nampak mudah. Seusai menempuhnya, ia sebenarnya satu tugasan yang memerlukan pengorbanan, disiplin, ketekunan dan percaturan yang baik dalam pelbagai segi. Sibuk dengan tugasan hakiki di pejabat, disusuli kerja-kerja rumah yang tidak akan habis serta keletah anak=anak yang masih memerlukan perhatian sungguh menguji proses pembelajaran ini. Ada kalanya, apa yang dirancang tidak berjalan lancar. Hal-hal kecemasan turut mengambil tempat tanpa diduga. Semuanya Umi lalui dang anggap ia sebagai ujian. Begitulah cabaran dalam menuntut ilmu.

Dibimbing oleh Pn. Masayu Ahamd, dengan pelbagai tips dan kata-kata sokongan menaikkan lagi semangat untuk terus berjuang. Bukan mudah sebenarnya untuk intiqamah menulis dan mengemaskini blog setiap hari. Apa yang dipaparkan di dada Facebook perlu dikeamskini juga di blog. Begitulah rutinnya setiap hari. Namun, Umi kadang-kala culas juga dek kerana kesibukan yang menuntut tugasan lebih utama. Sebenarnya Umi pun sudah terlebih 2 hari baru dapat tiba ke entri ini!

Sepanjang tempoh 20 hari, tunjuk ajar oleh Pn. Masayu telah membuka mata dan minda Umi dalam menterjemahkan keperluan dan kaedah sebenar penggunaan blog. Ia ruang penulisan bukan biasa-biasa. Jika digunakan sebaiknya ia boleh menjadi peluang yang luar biasa. Sejuta penghargaan buat beliau atas tunjuk ajar dan ilmu yang dikongsikan. Sekiranya ada yang berminat untuk mengikuti kelas blog dengan beliau, bolehlah menghubungi beliau atau agen-agen beliau. 

In syaa Allah, apa yang dipraktikkan selama ini akan terus Umi perjuangkan. Tujuannya hanya satu, semoga setiap apa yang Umi kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Mungkin inilah saham akhirat buat Umi yang hina ini. Hendak berdakwah seperti ustazah hanya angan-angan Mat Jenin sahaja. Justeru medium ini rasanya adalah pilihan terbaik untuk berjuang di jalan Allah.


Kini, Umi bergelar alumni ABDR. Semoga terus maju jaya!



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Jemputan Menulis Lagi

Assalamualaikum dan hai semua. Semoga para pembaca sihat belaka hendaknya, aminnn.

Sedang tangan leka menari-nari di dada papan kekunci komputer riba di pejabat, terlihat sebuah emel memasuki peti pesanan emel Umi. Wah! Emel apa pula ini? Adakah emel yang dinantikan sejak beberapa hari yang lalu? hati tertanya-tanya teruja ingin lekas buka emel yang baharu masuk tadi.


Ya Allah! Emel jemputan menulis lagi rupanya. Hati bagaikan melompat-lompat gembira, persis si anak kecil yang mendapat gula-gula kegemarannya. Emel tersebut dihantar oleh penyelaras buku 50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah. Kali ini, projek rentetan di atas kejayaan buku tersebut.

Apa tidaknya dalam tempoh 20 hari sahaja, lebih kurang 700 buah buku telah berjaya dijual dan ilmunya telah tersebar luas ke seluruh pelosok Malaysia. Demi meraikan kejayaan tersebut, in syaa Allah kami para ibu-ibu akan muncul dengan produk terbaru pula. Semoga penulisan Umi bakal menghiasi buku yang seterusnya. Dengar khabar, projek kali ini akan melibatkan lebih ramai kaum ibu. In syaa Allah.

Sama-sama kita nantikan kemunculannya. Semoga menjadi realiti!



Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Memori Kelahiran Dzulaiha


Assalamualaikum w.b.t 

Dalam entri kali ini, Umi mencatatkan pengalaman saat getirnya melahirkan si comel yang sulung Dzulaiha. Semoga dapat menjadi panduan kepada mereka yang bakal bergelar seorang 'IBU'. 

Tanggal Rabu, 8 Disember 2010 jam 3 pagi segalanya bermula. Rasa tidak selesa dan perasaan gusar saat itu cuba dibendung. Walaupun rasa sakit, Umi tahu masa sebenar belum tiba (berdasarkan pembacaan Umi di internet dan buku-buku). Umi terus berjaga sehingga pagi kerana tidak boleh lelap mata dengan perut yang seakan-akan memulas.  Subuh menjelma. Seperti biasa Umi bersiap-siap untuk pergi kerja tetapi hati rasa kurang enak. Diluahkan rasa itu pada encik suami...cemaslah dia dan mulalah dia membebel.

"Kenapa tak kejut saya pagi-pagi tadi? Ni kan kecemasan!"..."Kita balik kampung!"..."Awak boleh tahan sakit lagi tak?"..."Macam mana ni, nak balik kampung ke singgah klinik check dulu?" - itulah antara kata-kata yang masih Umi ingat saat Umi sendiri pun bingung tetapi terima kasih sebab kerisauannya memberi semangat untuk Umi terus bertahan. Pagi itu kami bergegas pulang ke kampung. Sepatutnya hari itu Umi kena pergi klinik untuk menjalani pemeriksaan mingguan. Memandangkan ini pengalaman pertama, kami berhenti dulu di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk pemeriksaan. Malangnya kena tahan wad pula, cancel balik kampung! 

1st time duduk wad, 2nd class - 1 bilik 4 orang..not bad. Ada seorang patient depan katil Umi, baru lepas bersalin anak lelaki. Cute sangat! Malangnya kena vakum, kasihan. Aku hanya berdoa semoga proses kelahiranku berjalan lancar semuanya.  Waktu melawat tengah hari, keluarga dan mertuaku datang melawat. Kebetulan semasa lawatan adalah masa untuk pemeriksaan. Maka, aku pun diperiksalah oleh pelejar-pelajar yang sedang buat praktikal. Cari contraction Umi tidak jumpa-jumpa! Umi pula yang beritahu bila masa adanya contraction. Time ini masih boleh senyum dan gelak lagi walaupun kadang-kadang rasa sakit datang. Tamat waktu melawat, Umi tinggal seorang lagi, bosannya. Tiba-tiba sakit makin kuat diiringi lelehan darah. Umi bertahan lagi dan cuba untuk tidak panik. Macam-macam gaya Umi buat semua serba tidak kena. Sekeja duduk, kemudian berjalan, baring pula tetapi sakit yang mendatang makin keras dan makin kerap. Lebih kurang waktu minum petang, Umi mengadu pada seorang jururawat tapi katanya nanti doktor datang periksa jam 7 petang. Lamanya!!!  Jam 4.30 petang, encik suami dan mertua datang melawat lagi. Alangkah bagusnya jika hospital kerajaan benarkan para suami temankan isteri mereka. Apakan daya, Umi kena harungi saat itu seorang diri dan perlu bertabah. Masa bergerak sangat lambat bagi Umi. Rasanya sudah tidak boleh tahan sakit yang datang tetapi doktor masih belum tiba juga walaupun jam sudah 7.30 malam.Sekitar 8.00 malam, doktor-doktor tiba. Hairan betul sebab semuanya menumpu pada seorang pesakit sahaja disebabkan pesakit tersebut sakit sangat-sangat dari masuk wad awal pagi tadi tetapi bukaan pintu rahimnya baru 1.5cm sahaja. Tiada siapa hiraukan Umi. Mana boleh jadi! Umi pun sakit juga! Akhirnya Umi panggil doktor pakar seorang ini dan menceritakan kesakitan yang ditanggung serta apa yang berlaku sejak petang tadi. Apalagi, kena marahlah doktor-doktor dan jururawat yang ada di situ sebab tidak melihat keadaan Umi. Bila diperiksa rupa-rupanya bukaan sudah 9cm!!! Bayangkan jika Umi masih tidak dilayan, mahu terbersalin di wad malam itu. Jam 8.45 malam, Umi diusung segera ke bilik bersalin. Umi hanya sempat sms encik suami sahaja memberitahu Umi sudah dibawa ke bilik bersalin. 

Umi suka  bilik bersalin di hospital ini sebab ianya khas untuk setiap seorang pesakit pada satu-satu masa. Adik jururawat yang praktikal tegur, cakap Umi nampak cool tidak macam orang hendak bersalin. Kembanglah juga tetapi tuhan sahaja yang tahu kesakitannya. Sampai di bilik bersalin, bukaan sudah cukup 10cm dan semua prosedur untuk menyambut kelahiran bayi Umi telah disediakan. Syukur sangat sebab pada malam itu tidak ramai yang bersalin jadi suasana tidaklah bingit sangat. 

Tepat 10.30 malam, Umi rasa sudah bersedia untuk melahirkan bayi pertama ini. Semua kakitangan hospital memberikan kerjasama dan semangat bagi memudahkan proses kelahiran. Alhamdulillah, dengan segala kudrat dan izinNya Umi selamat melahirkan seorang bayi perempuan tepat 10.45 malam (Khamis malam Jumaat). Saat menatapi buat pertama kalinya puteri comel itu sangat membahagiakan. Hilang sekejap rasa sakit. Selepas mendukungnya seketika, bayi dibawa keluar untuk diperiksa secara keseluruhannya. Sementara itu, Umi menjalani prosedur yang seterusnya. Malangnya, hampir 2 jam Umi berada dalam bilik bersalin disebabkan pendarahan yang tidak berhenti. Umi hanya berdoa semoga dipermudahkan urusan. Alhamdulillah, jam 1.00 pagi barulah Umi dibenarkan kembali ke wad. Namun, Umi tidak boleh tidur pun sebab si kecil kadang-kala merengek-rengek dan Umi pun tidak tahu apa yang dia inginkan.  

Alhamdulillah, keesokan harinya pendarahan berkurang tetapi badan masih lemah. Tidak sabar rasanya untuk pulang segera ke rumah. Selepas menjalani pelbagai prosedur, petang itu Umi dibenarkan pulang kerana Umi tidak mengalami sebarang komplikasi. Syukur. Begitulah serba sedikit detik-detik hampir 18 jam penantian untuk melahirkan bayi pertama. Semoga kisah ini dapat dijadikan panduan dan perkongsian bersama. 

                 Image result for memori kelahiran dzulaiha
Nama: Nurnajmi Dzulaiha bt Zulkarnain Berat: 3.4kg Masa: 10.45 malam (Khamis malam Jumaat) 





Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman

Saturday, June 2, 2018

Hernitomy dan Raudhah

Assalamualaikum W.B.T

Kisah ini bermula sejak awal tahun 2017, sekitar Mac hingga April yang lalu. Semuanya terjadi setelah Umi menyedari ada suatu benjolan kecil betul-betul di bawah ari-ari sebelah kiri Raudhah. Ianya ketara apabila dia menangis dengan kuat atau batuk yang berterusan. Gara-gara sedang melatih Raudhah tidak memakai lampin pakai buang lagi dan dia pun sudah mula ke taska pada waktu itu, segalanya Allah takdirkan begitu.

Pada awalnya, Umi sendiri keliru. Apa bendanya itu? Mulalah otak ini fikir yang bukan-bukan. Mujur sebab setiap kali benjolan itu muncul, apabila ditekan atau ditolak ia akan 'masuk' kembali.

'Sakit tak Raudhah, Umi tekan-tekan ni?'

'Tak!'

Begitulah setiap kali apabila si benjol itu muncul. Umi bawa dan rujuk Raudhah ke klinik panel yang biasa kami sekeluarga pergi iaitu Klinik Utama yang diusahakan oleh Dr. Ramizi bersama isterinya Dr. Rohani. Hari itu, Dr. Ramizi yang bertugas. Apabila pemeriksaan dijalankan, doktor sahkan Raudhah memang ada hernia. Namun, disebabkan usianya ketika itu baru 2 tahun maka doktor menjangkakan ia akan pulih sendiri. Boleh ke angin pasang sembuh secara alami? Penjelasan doktor meredakan sedikit kegusaran hati Umi pada ketika itu. Namun, Umi tetap bertanya dengan cik Google. Memang sukar untuk mendapatkan maklumat tentang masalah ini kerana hernia lazimnya dialami oleh kanak-kanak lelaki. Info yang Umi perolehi terlalu asas dan lebih merujuk kepada permasalahan ini di kalangan lelaki sahaja.

Berkongsi kisah ini dengan orang sekeliling yang rapat, baharulah Umi tahu rupanya memang ada kanak-kanak perempuan yang berhadapan masalah ini namun bilangannya terlalu sedikit dan sangat jarang didengari. Mari baca sedikit lebih lanjut tentang hernia yang Umi dapatkan daripada laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia.


Inguinal Hernia (Angin Pasang)

Pengenalan
Inguinal hernia, atau lebih dikenali sebagai 'angin pasang' dalam Bahasa Melayu, adalah sejenis keadaan di mana usus atau selaputnya (omentum) terjatuh masuk ke dalam sebuah kantung (pouch), dan kantung tersebut terjulur keluar melalui pembukaan otot dinding perut di bahagian ari-ari (groin).
Keadaan ini disebabkan oleh pembukaan pada otot dinding perut (abdomen) yang dalam kebanyakan masa bukaan ini akan tertutup secara semula jadi sewaktu bayi dilahirkan ataupun dalam tahun pertama kehidupan.
Ia berbeza dengan kejadian 'angin pasang' di kalangan orang dewasa di mana faktor utamanya disebabkan oleh kelemahan otot dinding perut yang berkaitan dengan peningkatan umur dan masalah-masalah kesihatan lain.
Inguinal hernia BUKAN disebabkan oleh gaya pemakanan seseorang ibu mengandung. Ia tidak dapat dikesan sewaktu bayi berada dalam kandungan.
Demografi dan Epidemiologi
Secara keseluruhannya, kadar masalah inguinal hernia di kalangan kanak-kanak adalah 3%.
Kebanyakannya melibatkan kanak-kanak lelaki (6-10 kali ganda berbanding dengan perempuan).
Inguinal hernia adalah sejenis keadaan yang berisiko tinggi, terutamanya di kalangan bayi-bayi di bawah umur 1 tahun. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi disebabkan oleh usus yang terperangkap di dalam kantung hernia (rujuk bahagian 'Komplikasi'). Kadar ini dijangka dalam lingkungan 30%.
Tanda-tanda
Inguinal hernia boleh melibatkan sebelah ataupun dua-dua belah ari-ari. Ia akan kelihatan seperti bonjolon di bawah kulit di bahagian ari-ari, atau boleh turun masuk ke dalam sarung telur budak-budak lelaki (Gambar 1).
Ia TIDAK disebabkan oleh aktiviti yang lasak atau anak meneran atau menangis, tetapi ia akan dilihat dengan lebih nyata dalam keadaan-keadaan tersebut.
Komplikasi
Sekiranya sebahagian daripada usus terperangkap di dalam kantung hernia (Incarceration), komplikasi utama yang boleh berlaku adalah usus tersumbat (intestinal obstruction). Dalam keadaan ini, najis dan gas tidak dapat keluar melalui jalan dubur seperti biasa, dan mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan perut dan di ari-ari atau karung telur, perut kembung, muntah dan kesukaran membuang air besar (Gambar 2).
Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan awal, usus yang terperangkap di dalam kantung hernia boleh terus tercedera sehinggakan bahagian tersebut mati (gangrene) akibat kesekatan saluran darah ke bahagian usus yang terperangkap.
Keadaan-keadaan yang diterangkan di atas memerlukan rawatan pembedahan secara cemas. Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk keadaan di mana tumbesaran telur bayi lelaki terbantut atau terjejas sama sekali disebabkan oleh inguinal hernia (Testicular atrophy). Ini boleh berlaku terutamanya kepada bayi-bayi pramatang atau sekiranya hernia dikaitkan dengan kedudukan telur yang tidak betul (Undescended testis) bagi bayi-bayi lelaki.
Rawatan
Tiada rawatan lain untuk masalah inguinal hernia selain daripada pembedahan. Pembedahan ini dikenali sebagai Herniotomy.
Ia adalah sejenis prosedur yang memerlukan bius am (general anaesthesia) dan sebaik-baiknya dilakukan oleh pakar bedah kanak-kanak. Pesakit perlu dipuasakan untuk beberapa jam sebelum pembedahan ini.
Dalam keadaan yang tidak melibatkan komplikasi, pembedahan Herniotomy biasanya dibuat sebagai prosedur unit rawatan harian (Daycare Surgery). Ini bermaksud pesakit tidak perlu tinggal di dalam wad untuk semalaman.
Herniotomy melibatkan torehan kecil (biasanya 2-3cm) di bahagian ari-ari yang bermasalah.
Seterusnya, kantung dijumpai di bawah lapisan otot, dan ia dipisahkan daripada saluran sperma dan saluran darah; sejurus itu, kantung dipotong dan diikat supaya ia tidak dapat membenarkan pergerakan usus atau selaput ke dalamnya lagi. Potongan kemudiannya dijahit dengan benang khas di bawah kulit dan akan hilang dengan sendiri dengan peredaran masa. Prosedur ini biasanya memakan masa 15-30 minit.
Selepas pembedahan ini, pesakit boleh diberi minum dan makan apabila dia sedar dengan sepenuhnya. Dia dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama. Ibu bapa akan diarah untuk mengeluarkan pembalut daripada luka 2 hari selepas pembedahan.
Sekiranya luka tidak begitu elok (iaitu merah atau bernanah), pesakit perlu dibawa balik berjumpa dengan doktornya. Biasanya, kanak-kanak yang lebih besar diberitahu untuk mengelakkan daripada aktiviti senaman yang lasak sekurang-kurangnya selama 1-2 bulan.
Rawatan Bayi Pramatang
Bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak cukup bulan, mempunyai insiden yang tinggi untuk mendapat inguinal hernia (sehingga 30%). Seperti yang dinyatakan, bayi-bayi ini lebih berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi-komplikasi yang diterangkan. Oleh itu, pembedahan Herniotomy untuk kumpulan bayi ini biasa dilakukan sebelum bayi tersebut dibenarkan pulang dari Unit Rawatan Khas Bayi (Special Care Nursery, SCN) ketika berat bayi tersebut adalah diantara 1.6 - 1.8kg.

                                       



Semasa lawatan ke Klinik Kesihatan Desa bagi pemeriksaan 3 tahun,Umi telah memaklumkan masalah ini kepada jururawat yang bertugas. Umi diarahkan mendapatkan rawatan segera di Klinik Kesihatan Sungai Mati pula. Setelah beberapa kali perjumpaan, Raudha dirujuk pula ke bahagian SOPD di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Maka, sejak Januari 2018 yang lalu berulang-aliklah kami sekeluarga ke HPSF sehingga tarikh pembedahan ditetapkan pada 2 Jun 2018 bersamaan 17 Ramadan 1439H. 

In syaa Allah Umi akan kongsikan detik-detik pembedahan dan selepas pembedahan dalam entri akan datang. Jumpa lagi!


Jurutera Penulisan
Shuhadah Sulaiman