Sunday, February 20, 2022

Permulaan Baharu

Sudah lama tidak menulis di ruang ini. Hampir saja Umi melupakannya. Entah bagaimana, pagi ini diberi kesempatan meluah rasa di sini.

Seingat Umi, tapak ini mula diwujudkan pada tahun 2018 apabila Umi mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan..suatu dunia yang Umi suka tetapi telah lalai hingga ia hampir lenyap ditelan masa.

Walaupun jarang sekali menulis di sini, Umi terus menulis dan menulis lagi di laman Facebook. Jika tidak mencoret rasa di media sosial, rasa ada yang kurang! Namun, ada kalanya seperti wujud suatu keadaan di mana Umi rasa tidak mahu menulis tentang apa-apa. Malahan, saat itulah idea mencurah-curah untuk ditulis. Tapi, Umi tidak endahkan. Akhirnya, idea itu terkubur untuk diri sendiri saja.

Semasa Umi berniat untuk kembali menulis lagi, ianya cuma satu..untuk menulis tentang kebaikan bagi dikongsi dengan semua. Dan harapannya agar perkongsian itu bermanfaat buat orang lain. Mungkin dengan cara ini, akan ada sedikit bekalan buat Umi di akhirat sana.

Tapi, manusia mudah lupa. Ada kala Umi seperti tergelincir daripada tujuan utama. Mulalah merapu segala yang ditulis. Ouch! Sakit benar rasanya.

Justeru, mohon doakn Umi sabar dan intiqomah untuk terus menulis lagi tentang kebaikan.

Aminnn.


No comments:

Post a Comment